Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Hasrat Bawa Pulang Tak Kesampaian, Jemaah Terlantar 2 Bulan Di Madinah Meninggal Dunia

Seorang wanita yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital King Fahad, selepas diserang strok ketika mengerjakan umrah disahkan meninggal dunia pukul 8.34 malam waktu Malaysia, pada Ahad.

Menurut laporan Kosmo! Online, anaknya Siti Nur Ain Abd. Sanief, 31, berkata, dia sempat menatap wajah ibunya Allahyarham Halimah Ismail, 64, menerusi panggilan video bersama adiknya, Muhammad Al Imran, 25, yang masih berada di sana.

“Baru tadi buat video call (panggilan video) selepas mandi jenazah. Masa dekat ICU (Unit Rawatan Rapi) pun ada buat video call,” katanya.

Foto: TT @solerokley

Menurutnya, solat jenazah akan dilaksanakan selepas waktu subuh di Madinah hari ini sebelum pengebumian dilakukan di Perkuburan Baqi’.

“Insya-Allah akan dikebumikan di Baqi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Siti Nur Ain turut berkongsi khabar duka tersebut menerusi hantaran di aplikasi Threads malam tadi.

“Assalammualaikum semua, mak saya dah meninggal dunia. Minta kawan-kawan sedekahkan al-Fatihah dekat mak saya ye. Kami sekeluarga reda dengan segala ujian,” tulisnya lagi.

Foto: Media sosial

Malah, dia mengesahkan bahawa jenazah ibunya akan disolatkan di Masjid Nabawi selepas solat subuh waktu tempatan sebelum dikebumikan di Perkuburan Baqi’.

Terdahulu, media melaporkan keluarga terbabit memerlukan bantuan kewangan sekurang-kurangnya RM200,000 bagi membawa pulang Halimah ke tanah air yang ketika itu terlantar di hospital berkenaan sejak 5 Februari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: TT @solerokley

Sebelum itu, difahamkan Allahyarham dimasukkan ke Hospital Al Salam akibat jangkitan influenza, COVID-19 dan rhinovirus sehingga keadaan kesihatannya merosot dan terpaksa ditidurkan.

Sumber: Kosmo! Online (Siti A’isyah Sukaimi)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Nasional

Seramai 215,600 pelarian dan pencari suaka direkodkan berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia setakat Februari lalu, lapor Harian...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun maut dipercayai akibat ditikam dalam satu pergaduhan di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, awal pagi semalam. Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd