Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tular Rumah Terbakar Tapi Beg Selamat, Wanita Terharu Christy Ng Datang Hulur Pelbagai Bantuan

Kisah seorang wanita yang kehilangan hampir keseluruhan harta apabila rumahnya musnah dalam kebakaran menjadi tular di media sosial selepas terdapat RM30 yang terselamat di dalam sebuah beg tangan jenama usahawan Christy Ng.

Terbaharu, @ainftryh berkongsi di aplikasi TikTok bahawa pempengaruh media sosial itu turun padang dan menghulurkan bantuan termasuk barangan keperluan asas serta beberapa koleksi beg sebagai tanda sokongan serta simpati.

“Alhamdulillah atas rezeki yang tak disangka-sangka. Daripada sebiji beg tangan terbakar dan cuma selamat RM30 sahaja kepada sebesar nikmat ini. Terima kasih. Semoga Allah balas rezeki melimpah ruah untuk kamu semua,” katanya pada Khamis.

Dalam perkongsian lanjut, dia turut meluahkan bahawa rezeki hadir dalam cara yang tidak dijangka kadang bukan hanya melalui usaha sendiri, tetapi melalui insan lain yang hadir tepat pada waktu diperlukan.

“Kadang rezeki tu datang bukan dari apa yang kita usaha je, tapi melalui orang lain yang Allah hantar tepat pada waktunya. Kita tak pernah sangka, satu pertemuan, satu pertolongan kecil, boleh jadi asbab rezeki yang besar,” ujarnya.

 

Berdasarkan dua rakaman video dimuat naik @ainftryh, kelihatan Christy dan pasukannya membawa sebuah kotak besar yang berisi pelbagai koleksi beg tangan selain barangan keperluan harian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, video kebakaran rumah mangsa yang tular di media sosial mengundang perhatian Christy sekali gus menyatakan simpati atas musibah menimpa selain mencuba untuk menghulurkan bantuan.

“Christy nak mengucapkan salam takziah kepada Ain dan keluarga disebabkan rumah yang terbakar di Gerik, Perak. So bila Christy ternampak video tu, memang Christy sangat terkejut dan Christy harap Ain dan keluarga akan tabah menghadapi dugaan ini. 
“Antara yang menarik perhatian Christy di sini adalah beg tangan Christy Ng yang berada di dalam rumah waktu kebakaran. Tapi Ain boleh terjumpa RM30 duit raya yang masih berada dalam keadaan yang elok.
“So Christy percaya ini adalah isyarat daripada Tuhan untuk Christy datang bantu. Christy percaya dalam rezeki Christy tertulis juga nama Ain,” kata Christy.

Sumber: TikTok @ainftryh

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Nasional

Kecemerlangan dalam pendidikan bukan sekadar menjadi kebanggaan keluarga, malah mencerminkan komitmen, disiplin dan daya juang tinggi yang diterapkan dalam kalangan anak-anak warga Kementerian Pertahanan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd