Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Video Lama Ditular Kembali, MR DIY Jelas Produk Telah Lama Dilupus

Kedai rangkaian rumah, MR DIY menjelaskan video  tular memaparkan pelekat tapak kaki yang tertera kalimah Allah dan Nabi Muhammad SAW yang pernah dijual sekitar 2019 kembali ditularkan di media sosial

Menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi, mereka menjelaskan video tular tersebut adalah video lima tahun lalu dan pihak mereka telah mengambil tindakan segera untuk menarik balik produk berkaitan dari premis.

Foto: Kosmo Digital

https://www.facebook.com/mrdiy2u/posts/pfbid0eQ25y9QL3W3VthTbsgtTvr8Dpv3GTkmUgT7oNueWZKnCfeihjrLA6CVbFPFtNghwl

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

“Pihak kami juga telah berunding dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkenaan dengan panduan pengurusan baki inventori yang ada dan atas nasihat mereka, produk tersebut telah diserahkan kepada KDN untuk dilupuskan secara mulia dan tertib,” tulisnya  pada Isnin.

Foto: TikTok @murshidafasha

Pada masa sama, MR. DIY turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin membawa perkara tersebut ke perhatian pihaknya pada ketika itu.

“Kami  memberi jaminan kepada semua bahawa produk berkenaan tidak dijual di mana-mana cawangan kami sejak Februari 2019,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, syarikat yang menggunakan slogan Always Low Prices itu turut komited dalam menjadi peruncit kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, video tersebut merupakan video keluaran tahun 2019 yang ditular kembali oleh seorang pengguna TikTok @murshidafasha, sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Sumber: Facebook MR DIY

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd