Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Usia Hampir 98 Tahun, Akhirnya Tun Mahathir Umum Tak Akan Bertanding Pilihan Raya

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan dia tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya pada akan datang.

Menerusi laporan Sinar Harian, beliau menjelaskan keputusan itu dibuat kerana mahu beri fokus sepenuhnya kepada perjuangan Proklamasi Orang Melayu (POM) dan mempertahankan hak dan kaum Melayu di negara ini.

“Kalau orang Melayu ingat kita nak berjuang kerana nak jadi Perdana Menteri, tidak, bukan sebab itu.
“Saya tidak berniat nak bertanding tetapi saya harap ada orang lain yang akan bertanding dan seluruh orang Melayu yang sayangkan negara dan bukannya sayang kepada duit, tolak korupsi, rasuah. Jangan kerana dapat RM100, kita jual undi,” katanya.

Bukan itu sahaja, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu turut memberi peringatan kepada orang Melayu bahawa setiap undian yang dilakukan bakal menentukan masa depan kaum tersebut.

“Ini perjuangan kumpulan POM, insya-Allah kalau kita dapat sokongan, kita akan letak cukup calon supaya boleh jadi kerajaan.
“Keterangan lanjut (mengenai POM) akan diberikan dengan lebih terperinci supaya orang Melayu sedar bahawa mereka hampir hilang negara di waktu ini dan masa hadapan.
“Saya minta supaya orang Melayu sedar bahawa ini negara kita, (walaupun) sanggup kongsi dengan orang lain, jangan kongsi sampai nak hapuskan negara, nak jadikan milik orang lain, itu tidak boleh terima,” ujarnya lagi.

Sumber: Sinar Harian (Diana Azis)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd