Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Putri Qisya Syukur Tunai Harapan Ibu Bapa masuk MRSM, Teruskan Impian Jadi Juruterbang

Tunai Harapan Ibu Bapa masuk MRSM

Putri Qisya Nur Izzat Mohamad Azim, 12, yang kehilangan enam ahli keluarga dalam tragedi di Sungai Korok dekat sini, meluahkan rasa syukur apabila menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Menurut Putri Qisya, dia amat gembira apabila ditawarkan tempat di MRSM Kubang Pasu, yang juga merupakan pilihan pertamanya.

“Alhamdulillah ini adalah salah satu doa saya ketika menunaikan umrah pada bulan lepas bersama keluarga ibu saudara saya (Nur Adliah Syuhada Ishak).
“Banyak yang saya doa termasuk untuk kesejahteraan arwah ibu bapa serta adik beradik saya dan saya doa supaya dapat peluang ke MRSM untuk meneruskan impian arwah untuk jadi juruterbang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Putri Qisya Syukur Tunai Harapan Ibu Bapa masuk MRSM

Putri Qisya berkata, dia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan.

Menurutnya, yang akan mendaftar masuk ke MRSM berkenaan pada 13 Januari ini, dia kini sibuk membuat persiapan sekolah termasuk keperluan asrama bersama ahli keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya sudah mula beli apabila dapat tahu mengenai tawaran ini. Rasa seronok namun ada terasa sedih juga apabila teringat arwah ibu bapa saya yang sebelum ini merekalah yang sibuk membeli kelengkapan bersama.
“Apa pun saya berjanji untuk kuat kerana keluarga yang lain banyak membantu dan memberi sokongan. Banyak juga yang membantu saya dan keluarga,” jelasnya.

Mengulas perasaan apabila perlu menetap di asrama, Putri Qisya berkata dia berharap dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu itu.

“Salah satu pilihan saya adalah MRSM Kubang Pasu kerana tidak jauh. Keluarga masih mudah untuk menjenguk saya di situ.
“Saya berhasrat untuk berdikari dan belajar sungguh-sungguh di MRSM ini. Saya tidak mahu mengecewakan keluarga dan mereka yang banyak membantu saya sebelum ini,” katanya.

Artikel lain: Anak Yatim Piatu, Putri Qisya Terima Anugerah Tokoh Murid

Untuk rekod, Putri Qisya menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapanya, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, ditemukan lemas dalam tragedi di Sungai Korok pada Julai tahun lalu.

Turut terkorban empat adik-beradiknya iaitu Putra Rayyan Nur Izzat, 9, Hawa Adriana Nur Izzat, 8, Annayla Humaira Nur Izzat, 7, dan Tuah Haydar yang ketika itu berusia enam bulan.

Sumber: Kosmo! Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd