Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Disyaki Bawa 25kg Bahan Terlarang Ke Indonesia, Juruterbang Malaysia Dicekup Di ‘Airport’

Seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas disyaki cuba menyeludup 25 kilogram (kg) dadah ke negara itu menerusi Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta.

Ditemui bersama 15 paket besar bahan terlarang

Memetik laporan daripada Kompas.com. Suspek berusia 39 tahun itu diberkas di pintu masuk Terminal 3 pada Selasa lalu selepas pemeriksaan Bahagian Kastam dan Cukai menemui 15 paket besar mengandungi 70,114 kapsul estacy dan methamphetamine yang dianggarkan bernilai lebih RM45 juta.

Objek mencurigakan diperiksa dalam bagasi

Pengarah Pencegahan Jenayah Narkotik Polis Republik Indonesia (POLRI), Brigider Jeneral Eko Hadi Sontoso berkata, kegiatan suspek terbongkar selepas petugas mengesan objek mencurigakan ketika pemeriksaan bagasi menggunakan mesin pengimbas.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai menerima bayaran sebanyak RM50,000 bagi membawa dadah berkenaan dari Kuala Lumpur ke Indonesia, melalui Jakarta.
“Bekalan dadah berkenaan dikirimkan oleh seseorang individu di Malaysia sebelum diambil oleh seorang lagi individu lain di hotel penginapan suspek di Jakarta,” ujarnya.

Difahamkan, siasatan kini diteruskan bagi mengesan individu yang dipercayai terlibat di Malaysia serta rangkaian sindiket di Indonesia berdasarkan keterangan yang diberikan suspek.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Eko Hadi turut memaklumkan pihaknya tidak menolak kemungkinan sindiket tersebut mempunyai rangkaian antarabangsa.

“Siasatan juga mendapati, suspek yang turut didapati positif dadah turut mengakui bahawa ini adalah kali ketiga dia membawa bekalan dadah.
“Kali pertama, suspek menyeludup dadah ke Sabah dan kali kedua dia dilaporkan menyeludup tujuh kg dadah methamphetamine ke Jakarta,” katanya lagi.

Ketika ini, suspek ditahan di Pusat Tahanan POLRI dan bakal berdepan tindakan undang-undang atas kesalahan membawa, mengimport, menjadi orang tengah atau melakukan komplot mengedar dadah dalam jumlah yang besar.

Sumber: Kompas.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd