Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kes Dadah TUDM: MINDEF Tubuh Jawatankuasa Khas, Hukuman Berat Menanti Jika Sabit Kesalahan

Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyemak sama ada kes pengedaran dadah yang dikaitkan dengan pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merupakan kejadian terpencil atau sudah menjadi amalan dalam pasukan.

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu bertujuan mengenal pasti punca kejadian, selain menilai kemungkinan wujudnya kelemahan dalam prosedur keselamatan yang perlu diperbaiki.

Menurutnya, kementerian memandang serius insiden berkenaan kerana penyalahgunaan kemudahan dan aset ketenteraan boleh menjejaskan kesiagaan pertahanan serta kedaulatan negara.

“Memang kita akan tubuhkan sebab kita nak semak sama ada ini kes-kes terpencil ataupun dia sudah menjadi budaya. Itu kita akan semak.
“Itu semua kita akan berasaskan pada kes ini. Kita nak tahu macam mana ia boleh berlaku dan sebagainya. Dan tentunya daripada situ, kita akan cuba pertingkatkan dan perketatkan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Program Hari Apresiasi Kanak-kanak TABIKA/TASKA KEMAS Parlimen Kota Tinggi 2026, hari ini.

Dalam masa sama, Mohamed Khaled memberi peringatan bahawa kesalahan berkaitan pengedaran dadah boleh membawa hukuman amat berat, termasuk penjara seumur hidup atau hukuman mati, sekiranya seseorang didapati bersalah mengikut peruntukan undang-undang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, setiap anggota perlu memahami akibat daripada perbuatan yang bukan sahaja melanggar amanah dan integriti, malah boleh mencemarkan nama baik institusi pertahanan negara.

“Saya ingat kalau betul dadah dan sebagainya, hukumannya sangat berat. Seumur hidup ataupun hukum mati. Itu berani buat, berani tanggunglah,” katanya.

MINDEF tunggu siasatan dakwaan penggubahan wang haram pegawai ATM |  Malaysia Tribune

Beliau turut menegaskan bahawa MINDEF dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan melindungi mana-mana individu yang melakukan kesalahan, tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

Menurutnya, kementerian akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis bagi memastikan siasatan berjalan lancar, selain meminta semua pihak mengelakkan sebarang spekulasi sementara proses berkenaan masih berlangsung.

“Kita tidak kompromi dalam soal ini dan kita tidak memaafkan sesiapa dan kita akan berikan kerjasama yang sepenuhnya kepada siasatan yang sedang dilakukan.
“Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia tak akan melindungi sesiapa yang melakukan kesalahan begini,”ujar beliau.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled menjelaskan bahawa penemuan barangan mencurigakan di Pangkalan Udara Subang sebenarnya dikesan oleh anggota Provos Marsyal TUDM ketika melaksanakan pemeriksaan keselamatan.

Jelasnya, beberapa bagasi didapati tidak mempunyai tanda keselamatan sebelum ditahan untuk pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil pemeriksaan menemukan kandungan mencurigakan, sekali gus mendorong pihak TUDM menghubungi polis bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Atas sebab itulah kita berterima kasih kepada Provos Marsyal yang telah mengambil tindakan yang sewajarnya apabila mengesan beberapa bagasi itu tidak ada tanda keselamatan.
“Maka menahan barang-barang itu daripada dikeluarkan, malah ingin membawa barang itu untuk masuk ke dalam mesin pengimbas, tapi daripada imbasan itu didapati perkara-perkara yang mencurigakan,”jelasnya.

Dadah yang dirampas dalam operasi membabitkan penahanan 11 suspek, termasuk lima pegawai TUDM. - Foto ihsan PDRM

Mohamed Khaled turut meminta masyarakat tidak menghukum keseluruhan institusi ATM dan TUDM berikutan kes tersebut kerana majoriti daripada kira-kira 120,000 anggota tentera masih menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan integriti.

Tegas beliau, tindakan pantas pasukan penguatkuasaan dalaman mengesan serta melaporkan kejadian itu membuktikan institusi pertahanan terus berfungsi dan mematuhi prosedur ditetapkan.

Terdahulu, polis mengesahkan penahanan 11 individu termasuk lima pegawai TUDM dan enam orang awam kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran 96.64 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM4.83 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohamed Khaled turut memaklumkan bahawa dua lagi anggota TUDM berpangkat Pegawai Waran dan Koperal ditahan berhubung siasatan kes berkenaan.

MINDEF akan menggunakan hasil siasatan bagi menilai keperluan memperkukuh prosedur keselamatan dan memastikan kejadian seumpama itu dapat dicegah daripada berulang.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Dunia hari ini bukan lagi berdepan ancaman peperangan semata-mata. Serangan siber, perkembangan teknologi dan bencana alam juga boleh menggugat keselamatan sesebuah negara tanpa mengira...

Nasional

Seramai 1,899 anak muda kini melangkah keluar dari kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan pengalaman baharu, keyakinan diri yang semakin kukuh serta...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) membuka ruang kerjasama industri pertahanan antara syarikat Malaysia dan Perancis menerusi beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) yang memberi tumpuan kepada pemindahan teknologi,...

Nasional

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tampil memberikan penjelasan berhubung cadangan transaksi melibatkan Boustead Plantations Berhad (BPlant) selepas perkara itu mendapat perhatian menerusi laporan media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd