Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Hakim Danish Terbang Tinggi! Dilantik Duta Genting SkyWorlds, Bawa Inspirasi Anak Malaysia

Bintang muda perlumbaan motosikal negara, Hakim Danish, terus mencipta sejarah apabila dilantik secara rasmi sebagai Duta Taman Tema Genting SkyWorlds menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung hari ini.

Pelantikan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif “Inspirasi Anak Malaysia” oleh Resorts World Genting bagi menghargai rakyat Malaysia yang berjaya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa, selain menyuntik semangat kepada generasi muda untuk mengejar impian.

Menerusi peranan baharu itu, Hakim Danish akan bekerjasama dengan Genting SkyWorlds dalam pelbagai aktiviti promosi, program pembangunan belia serta sesi perkongsian pengalaman, sekali gus mendekatkan dunia perlumbaan motosikal kepada keluarga dan peminat muda.

Kerjasama strategik bersama ZK Racing itu turut memberi fokus kepada usaha mencungkil lebih ramai bakat baharu dalam arena sukan permotoran, selain memupuk semangat kecemerlangan dalam kalangan anak muda Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelantikan tersebut turut bersempena pelancaran tarikan baharu Genting SkyWorlds, Mad Ramp Peak – Full Throttle Racing, yang menawarkan pengalaman permainan bertemakan perlumbaan motosikal dengan aksi mendebarkan serta elemen kepantasan diinspirasikan daripada dunia perlumbaan sebenar.

Hakim Danish, anak kelahiran Terengganu, bukan nama asing dalam sukan permotoran negara apabila mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menjuarai Idemitsu Asia Talent Cup 2022 sebelum melangkah ke pentas perlumbaan dunia.

Musim ini, beliau sekali lagi melakar kejayaan apabila muncul sebagai rakyat Malaysia pertama dalam tempoh lebih sedekad meraih podium Kejuaraan Dunia Moto3 serta mencatat kemenangan Grand Prix, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pelumba muda paling berbakat negara.

Artikel lain: Hakim Danish Ada Dua Pakej! Miliki Kelebihan Gegar Litar Basah Dan Kering – Hafizh Syahrin

Advertisement. Scroll to continue reading.

Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam Resorts World Genting, Spencer Lee berkata, Hakim Danish mencerminkan nilai keazaman, ketabahan dan cita-cita tinggi yang selari dengan aspirasi Genting SkyWorlds.

“Hakim melambangkan nilai keazaman, ketabahan dan cita-cita tinggi yang selari dengan aspirasi Genting SkyWorlds,”katanya.

Menurut beliau, kerjasama itu bukan sekadar meraikan pencapaian Hakim sebagai atlet negara, malah menjadi platform untuk berkongsi kisah inspirasi kepada masyarakat serta memberikan pengalaman lebih bermakna kepada pengunjung taman tema berkenaan.

Sementara itu, Hakim Danish meluahkan rasa syukur atas kepercayaan yang diberikan dan berharap kerjasama tersebut mampu menjadi pencetus semangat buat lebih ramai anak muda Malaysia.

“Saya berharap kerjasama ini dapat menjadi medium untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai anak muda Malaysia agar berani bermimpi, bekerja keras dan tidak mudah berputus asa dalam mengejar cita-cita,”ujar beliau.

Bagi meraikan pelantikan itu, Genting SkyWorlds turut memperkenalkan koleksi cenderamata edisi terhad hasil kolaborasi bersama Hakim Danish.

Dalam masa sama, pengunjung berpeluang menikmati tawaran Unlimited Pass pada harga promosi RM188 sehingga 31 Ogos 2026, yang memberikan akses kepada pelbagai permainan termasuk tarikan terbaharu, Mad Ramp Peak – Full Throttle Racing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: ZK Racing, TW Media

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Sukan

Malaysia dijangka kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disebut-sebut bakal menganjurkan Grand Prix Bahrain pada Oktober ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd