Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tandas Kotor & Tak Diselenggara? HKL Nafi Dakwaan Tular, Jelaskan Reka Bentuk Fasiliti Berbeza!

Pengurusan Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan dakwaan bahawa tandas awam di hospital berkenaan berada dalam keadaan kotor dan tidak diselenggara dengan baik seperti dipaparkan menerusi sebuah video tular di Facebook.

Pengarah HKL, Datuk Dr Harikrishna KR Nair berkata, siasatan menyeluruh yang dijalankan mendapati lokasi tandas dalam rakaman tersebut bukan berada di bawah seliaan fasiliti hospital berkenaan.

“Pengurusan hospital mengambil maklum dakwaan terbabit dan telah menjalankan siasatan lanjut.
“Hasil siasatan terhadap semua kemudahan tandas awam di bawah seliaan HKL mendapati lokasi tandas yang dimuat naik dalam hantaran video itu tidak berada dalam fasiliti seliaan HKL.
“Perkara ini juga dapat dikenal pasti kerana reka bentuk tandas yang ditularkan itu berbeza dengan milik fasiliti HKL,” katanya.

Menurut beliau, penyebaran video berkenaan secara tidak bertanggungjawab boleh menjejaskan imej warga kerja HKL yang sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

Katanya, HKL sentiasa mengambil serius aspek kebersihan, keselamatan dan keselesaan pesakit, pelawat serta petugas dengan kerja penyelenggaraan berkala dilaksanakan mengikut jadual.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ia bagi memastikan semua fasiliti berada pada tahap ditetapkan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan atau berkongsi maklumat yang tidak tepat bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, HKL mengalu-alukan maklum balas membina daripada orang ramai dan sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan fasiliti hospital boleh disalurkan melalui saluran rasmi.

Artikel lain: Tarikh Janji Temu Psikiatri Adalah Berdasarkan Keadaan Pesakit – HKL

Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial yang mendakwa tandas sebuah hospital awam di Kuala Lumpur berada dalam keadaan daif, termasuk keadaan tempat membuang air kecil yang melimpah sehingga mengotorkan lantai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dakwaan itu mencetuskan kebimbangan pengguna media sosial berhubung tahap kebersihan fasiliti kesihatan awam.

Sumber: FB Hospital Kuala Lumpur KKM, IG s34n Travels

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd