Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Anak Yatim Piatu, Putri Qisya Terima Anugerah Tokoh Murid

Di sebalik senyuman yang terukir di wajahnya, tersimpan sebuah kisah duka yang menguji ketabahan seorang gadis kecil. Namun, kekuatan jiwa itulah yang mengangkat Putri Qisya Nur Izzat, 12, murid Sekolah Kebangsaan Seberang Perak Baru sebagai penerima Anugerah Tokoh Murid, sekali gus menyentuh hati ramai.

Putri Qisya kehilangan ahli keluarga

Menerusi perkongsian video di akaun Facebook @Norsidah Dhiya’s, Putri Qisya dilihat segak mengenakan baju berwarna kuning yang dipadankan dengan vest coklat, berdiri di atas pentas bersama nenek tersayang untuk menerima anugerah berprestij itu.

Putri Qisya

Detik berkenaan bukan sahaja membanggakan, malah mengundang sebak dalam kalangan yang menyaksikannya.

Artikel lain: Tragedi Enam Beranak: “Kes Paling Sayu Sepanjang Bertugas” – Anggota Bomba Hiba Angkat Jasad Empat Beradik

Advertisement. Scroll to continue reading.

Putri Qisya yang bercita-cita besar untuk menjadi juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikenali sebagai seorang murid yang mempunyai semangat juang tinggi.

Ketabahannya menghadapi dugaan hidup pada usia yang masih mentah membuatkan ramai kagum dan tersentuh dengan kekuatan yang dimilikinya.

Putri Qisya

Kisah Putri Qisya mula tular pada Julai lalu selepas tragedi kemalangan jalan raya yang meragut nyawa seluruh ahli keluarganya.

Dalam kejadian menyayat hati itu, dia menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa serta empat orang adik-beradiknya terkorban dalam nahas kereta di Sungai Korok, Jitra.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tragedi tersebut menarik perhatian pelbagai pihak yang tampil menghulurkan bantuan dan sokongan. Antaranya termasuk Menteri Pendidikan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menjadikannya sebagai anak angkat, serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang melayakkannya menerima pencen penakat.

Putri Qisya

Selain bantuan kebajikan, Putri Qisya turut menerima sokongan emosi bagi membantunya meneruskan kehidupan dan mengejar impian.

Anugerah Tokoh Murid yang diterima bukan sekadar pengiktirafan akademik atau sahsiah, sebaliknya menjadi simbol ketabahan luar biasa seorang anak kecil yang bangkit daripada kehilangan paling besar dalam hidupnya.

Kisah Putri Qisya membuktikan bahawa kesedihan bukan penghalang untuk terus melangkah, malah boleh menjadi kekuatan untuk menggapai cita-cita setinggi langit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook @Norsidah Dhiya’s

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Spotlight

Perbezaan agama tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan kekeluargaan, sebaliknya perlu diraikan dengan rasa hormat dan kefahaman, demikian perkongsian menyentuh hati oleh personaliti Facebook,...

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Sosial

Seorang suami kini berada dalam kesedihan mendalam selepas kehilangan isteri tercinta, Nor Suhaila Shariff dalam satu kemalangan maut di Batu 14, arah selatan Lebuhraya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd