Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Video Gaduh Rider-Geng Baju Merah, 11 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan

Seramai 11 orang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan membabitkan seorang rider atau penghantar makanan dan beberapa individu dalam satu kejadian di Batu Pahat, Johor.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, semua yang ditahan adalah warga tempatan berusia lingkungan 17 hingga 62 tahun.

“Pada jam 2.30 petang pada Isnin, polis menerima laporan menyatakan berlaku pergaduhan antara pengadu dan ahli keluarganya dengan seorang lelaki penghantar makanan di sebuah rumah inap desa di Sri Gading, Batu Pahat.
“Dalam kejadian ini, penghantar makanan tersebut turut membuat laporan berhubung kejadian itu. Kedua-dua pengadu mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan,” katanya.

Ismail berkata, polis sedang mengenal pasti punca sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai agar  tidak membuat spekulasi berkaitan kes berkenaan kerana boleh menjejaskan siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Video kejadian terbabit tular di media sosial sejak pagi tadi memaparkan seorang lelaki berbaju merah bertindak memarahi seorang penghantar makanan sebelum berlaku situasi tegang sehingga aksi tumbuk menumbuk.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

+ posts

Avatar
Ditulis oleh Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan seorang peserta wanita dari Indonesia ditegur oleh seorang ulama tersohor dalam bidang tajwid iaitu Syeikh Ayman Suwaid...

Sukan

Atlet gimnastik artistik negara, Muhammad Sharul Aimy mendapat perhatian orang ramai setelah fotonya dipercayai bersama kekasih, Daniela Dela Pisa yang juga merupakan atlet gimnastik...

Lokal

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemukan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 16 bangunan Blok B, Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh, Selangor pada...

Spotlight

Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Sang Yeob telah melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya di Jamsil, Seoul pada Ahad. Menurut laporan Pinkvilla, majlis tersebut hanya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.