Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kes Syamsul Haris : UTM Tegaskan Tiada Siapa Akan Dilindungi, Sedia Beri Kerjasama

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengambil maklum keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengklasifikasikan semula kes kematian kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes), Allahyarham Syamsul Haris Shamsuddin sebagai kes bunuh.

UTM dalam satu kenyataan berkata, pihak universiti akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menjalankan siasatan lanjut, termasuk tidak akan melindungi mana-mana pihak yang didapati terlibat.

Kes Syamsul Haris

Kes Syamsul Haris

“UTM sentiasa berpegang kepada prinsip ketelusan dan kedaulatan undang-undang (rule of law), serta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan bagi memastikan keadilan ditegakkan.
“UTM juga merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga Allahyarham dan memohon agar semua pihak, termasuk warga universiti dan orang awam, tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan yang sedang berlangsung,” katanya dalam kenyataan itu.

Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan supaya kes kematian Allahyarham Syamsul Haris diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Menurut AGC, keputusan berkenaan dibuat berdasarkan laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung insiden kematian Allahyarham.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Disyaki Khalwat? Pegawai Kanan Kementerian Direhatkan Serta-Merta Untuk Siasatan

Kes Syamsul Haris

Syamsul Haris, 22, meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi pada 28 Julai lalu selepas menjalani latihan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di Ulu Tiram, Johor.

Jenazah Allahyarham dikebumikan keesokan harinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Semenyih, Selangor.

Pada awalnya, kematian Syamsul Haris diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, pada 19 Ogos lalu, ibu Allahyarham, Ummu Haiman Bee Daulatgun memohon penggalian semula kubur bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan.

Sumber: Facebook @UTM

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Dunia

Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto, sekali lagi menegaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar apabila beliau mencadangkan agar Bahasa Perancis turut diajarkan di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd