Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tanah Runtuh Sumatera Barat: Wisma Putra Sahkan Seorang Rakyat Malaysia Hilang

Wisma Putra Sahkan Seorang Rakyat Malaysia Hilang

Kementerian Luar mengesahkan seorang rakyat Malaysia, Asrul Nizam Apridwson, 30, hilang dipercayai terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia pada 27 November lalu.

Dalam kenyataan pada Ahad, Wisma Putra memaklumkan bahawa Konsulat Jeneral Malaysia di Medan sedang berhubung rapat dengan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS), Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Sumatera Barat, serta Polres Padang Panjang bagi mendapatkan perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat.

Wisma Putra Sahkan Seorang Rakyat Malaysia Hilang

Rakyat Malaysia di Sumatera Barat turut dinasihatkan untuk mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan serta menjauhi kawasan berisiko tanah runtuh dan banjir, khususnya laluan Padang–Bukittinggi di Lembah Anai yang masih ditutup.

“Mereka yang berada di kawasan terjejas dinasihatkan untuk mendaftarkan kehadiran masing-masing dengan Konsulat Jeneral bagi memudahkan pemberian bantuan dan komunikasi yang tepat pada masanya,” menurut Wisma Putra.

Kementerian Luar berkata pihaknya akan terus memantau perkembangan dan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan boleh dihubungi melalui talian +62 823-6164-6046 yang beroperasi 24 jam atau menerusi e-mel [email protected].

Sumber: FB Wisma Putra

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd