Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Biarkan Anak Conteng Kotak Piza Pelanggan, Jofliam Buat Netizen Marah! – “Terdesak Tarik Pembeli?”

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan dalam kalangan segelintir netizen.

Biarkan anak conteng kotak piza Pelanggan

Isu timbul apabila seorang pengguna Threads, @effoartlessly mempersoalkan tindakan itu yang didakwa tidak menjaga standard kebersihan asas dalam penyediaan makanan.

Menerusi satu hantaran, pengguna Threads berkenaan mempertikaikan sama ada tindakan membenarkan kanak-kanak menconteng kotak makanan menggunakan marker adalah selamat.

kotak piza

“Sebab tu kita ni bila beli makanan kena pastikan beli dengan manusia yang berakal, beragama dan tahu asas kebersihan. Dia terdesak nak tarik pembeli sampai guna Han Yuki.
“Kau paksa anak lukis atas kotak yang sepatutnya bersih tu pakai marker? Tangan anak tu bersih ke? Conteng kotak makanan tu kat tempat bersih ke?
“Apa jaminan dalam kotak tak tercemar? Ini la masalah bila penyangak meniaga secara haram, tak patuh piawaian kebersihan standard. Jijik pengotor,” tulis @effoartlessly pada Ahad.

kotak piza

Sebelum itu, Jofliam atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar memuat naik beberapa perkongsian di InstaStory memaparkan hasil kreativiti anak-anaknya yang melukis di bahagian luar kotak piza.

Artikel lain: Individu Label Pasta Wagyu Jofliam Gagal, Beli RM75 Tapi Dibungkus Plastik Sampah

Advertisement. Scroll to continue reading.

kotak piza

Sementara itu, seorang pelanggan mengaku menjadi salah seorang penerima kotak lukisan tersebut, namun dalam masa sama mendakwa rasa piza dibeli tidak seperti yang disangkakan.

Saya la pelanggan malang tu

kotak piza

Walau bagaimanapun setakat artikel ini ditulis, Jofliam belum memberikan sebarang respon berhubung kemarahan segelintir netizen yang diluahkan di media sosial.

Sumber: Threads @effoartlessly

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd