Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Trump Terpikat Kereta Kecil, Comel Malaysia & Asia! Arah AS Hasilkan Model Ultra Kompak Segera

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mahu kereta ultra kompak dihasilkan dan dipandu di negaranya selepas melihat banyak model kecil itu sepanjang lawatannya ke Jepun, Malaysia dan Korea Selatan baru-baru ini.

Dalam ucapan di Rumah Putih yang tular, Trump menyifatkan kenderaan tersebut sebagai “sangat comel” dan “cantik”, sekali gus mencetuskan minatnya untuk membuka ruang kepada pengeluaran kereta ultra kompak di AS.

Trump Terpikat Kereta Kecil Malaysia, Asia

Beliau turut mengarahkan Setiausaha Pengangkutan, Sean Duffy meneliti segera perubahan peraturan yang menghalang kereta jenis itu daripada dihasilkan di negara tersebut.

“Honda dan beberapa syarikat Jepun lain melakukan kerja yang sangat baik, tetapi kita tidak dibenarkan menghasilkan kereta ini di negara kita.
“Saya rasa kereta ini akan mendapat sambutan yang baik. Jadi, kita akan meluluskan pengeluaran kereta ini.
“Kereta ini lebih murah dan ia benar-benar memberi peluang kepada orang ramai untuk memiliki kereta baharu,” katanya.

Di Jepun, kereta mini berkapasiti enjin tidak melebihi 660cc menyumbang hampir 40 peratus daripada jualan kereta baharu, menjadikannya pilihan utama pengguna.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semasa majlis sama, Duffy berkata Trump mengarahkannya menangani peraturan sedia ada yang menghalang pengeluaran kereta kecil seperti yang dilihat Presiden itu di ketiga-tiga negara Asia tersebut.

“Jika Toyota atau mana-mana syarikat lain ingin menghasilkan kereta yang lebih kecil, mampu milik dan jimat bahan api, kami membuka laluan supaya mereka boleh menghasilkan kereta itu di AS dan menjualnya di sini,” kata Duffy.

Artikel lain: APEC 2025: Trump Puji PM Anwar Lagi! Malaysia ‘Orang Tengah’ Luar Biasa Bantu Hentikan Konflik

Sokongan Trump terhadap kereta kompak turut memberi isyarat peluang baharu kepada pengeluar Jepun yang bersedia meningkatkan pelaburan berikutan tekanan tarif yang dikenakan pentadbiran AS.

Walaupun Trump berulang kali mengkritik halangan perdagangan yang menurutnya menyekat penjualan kereta buatan AS di Jepun, penganalisis menegaskan kereta AS kurang mendapat tempat kerana jenis yang dijual lebih bersaiz besar, sedangkan rakyat Jepun memilih kereta kecil yang lebih cekap, sesuai untuk jalan sempit dan jimat bahan api.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: X Acyn

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Sosial

YouTuber dan pengkritik bola sepak tempatan, Azizurrahman Zakaria menegaskan dia tidak mempunyai sebarang permusuhan dengan mana-mana pihak selepas menjadi mangsa serangan dua lelaki yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd