Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Warga India Tular Disiram Depan Bank Dapat Semula Pasport, Pulang Ke Negara Asal Esok

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke India esok selepas pasportnya yang dipegang bekas majikan diserahkan semula dalam satu pertemuan rasmi di Suruhanjaya Tinggi India.

Lelaki disiram depan bank akan pulang ke India esok

Memetik laporan daripada NST, pertemuan itu turut dihadiri sukarelawan kemanusiaan Anthony Lian, wakil Presma, Prisma serta bekas majikan Safiudeen.

disiram depan bank

Kredit foto: NST

Bekas majikan lelaki disiram depan bank serah semula pasport

Difahamkan, dokumen perjalanan itu dipulangkan terus di hadapan pegawai diplomatik, sekali gus membuka jalan bagi urusan repatriasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Anthony, semuanya diselesaikan dengan baik termasuk tunggakan bayaran, tiket penerbangan dan denda tempoh tinggal melebihi masa yang akan ditanggung bekas majikan.

Suruhanjaya Tinggi memutuskan bahawa adalah lebih baik untuk dia pulang. Bekas majikan telah memulangkan pasport, menyelesaikan apa-apa bayaran tertunggak dan turut menawarkan untuk membayar tiket penerbangan pulang ke India. Dengan itu, semuanya selesai.

Kredit foto: NST

Hanya mahu pulang ke Tamil Nadu

Anthony menambah bahawa Safiudeen kini berada di bawah jagaan penuh Suruhanjaya Tinggi sehingga hari keberangkatannya.

Dia lega. Lebih daripada apa pun, dia hanya mahu pulang kepada keluarganya di Tamil Nadu. Kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian secara baik dan saling memohon maaf,” katanya.

Kredit foto: NST

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Gelandangan Disiram Air, Disepak.. AmBank Tampil Beri Penjelasan

Safiudeen sebelum ini tiba di Malaysia pada Mac tahun lalu untuk bekerja sebagai tukang masak, namun mendakwa pasportnya dipegang sejak hari pertama dan gaji ditangguh berulang kali sehingga dia tidak mampu menyara keluarga atau mendapatkan pekerjaan lain.

Enam bulan tanpa pekerjaan dan tanpa dokumen menyebabkan dia menjadi gelandangan.

Anthony dalam kenyataannya juga  mengingatkan masyarakat agar terus mengutamakan nilai kemanusiaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Pengampunan dan belas kasihan lebih kuat daripada hukuman. Hadiah terbesar yang boleh kita beri sesama manusia ialah kebaikan,” ujarnya.

Sebelum ini, tular di media sosial video seorang lelaki dihalau dan disiram air sewaktu tidur di hadapan bank, sekali gus mengundang simpati orang ramai.

Sumber: NST (Kalbana Perimbanayagam)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd