Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PN Semakin Kukuh, Muhyiddin Sasar Kembali Ke Putrajaya Pada PRU16

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan gabungan itu kini berada pada tahap yang semakin kukuh dan bersedia untuk kembali mentadbir Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Menurut laporan Free Malaysia Today, PN kini lebih matang dan lengkap dengan penyertaan pelbagai kaum sekali gus memperkukuh kedudukan gabungan tersebut di arena politik negara.

“PN kita telah lengkap diwakili semua kaum dan semakin hari semakin ramai orang menyertai PN,” katanya ketika hadir pada Rumah Terbuka Deepavali MIPP

muhyiddin

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, peningkatan sokongan rakyat terhadap PN menjadi bukti keyakinan terhadap perjuangan dan hala tuju gabungan itu.

“Ini bukti sokongan orang ramai semakin kukuh dan menambah keyakinan kita untuk berdepan PRU16, sekali gus membantu PN kembali ke Putrajaya,” ujarnya.

Artikel lain: BN Sabah Yakin Mampu Atasi Masalah Air, Elektrik Dan Jalan Raya Dalam Tempoh Tiga Tahun

Advertisement. Scroll to continue reading.

Majlis itu turut dihadiri Setiausaha Agung PN Datuk Seri Azmin Ali, Naib Presiden Bersatu Datuk Radzi Jidin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, presiden MIPP Datuk P.Punithan, Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau serta wakil PAS yang juga Ahli Parlimen Kapar, Dr, Halimah Ali. Turut hadir, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Untuk rekod, PN yang kini dianggotai Bersatu, PAS, Gerakan dan MIPP pernah mentadbir kerajaan persekutuan pada tahun 2020.

Ketika itu, gabungan berkenaan memimpin negara bersama Barisan Nasional (BN) serta parti-parti dari Sabah dan Sarawak di bawah kepimpinan Muhyiddin.

muhyiddin

Foto: FMT

Namun, pentadbiran PN hanya bertahan selama 18 bulan selepas beberapa wakil rakyat Umno menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Selepas itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada Ogos 2021 sebelum Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU15 pada November 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Free Malaysia Today (Nora Mahpar)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Sosial

Seorang warga emas menarik perhatian ramai di media sosial selepas videonya yang dikatakan sedang mencuci tandas di sebuah stesen minyak Shell tular di Threads....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd