Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

‘And Then There Were Three’ – Putera Mateen Umum Isteri Hamil Anak Pertama

Keluarga Diraja Brunei dilimpahi berita gembira apabila Putera Abdul Mateen dan isteri tercinta, Yang Mulia (YM) Anisha Rosnah, mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pertama.

Perkongsian manis itu dibuat sendiri oleh Putera Mateen menerusi hantaran di Instagram miliknya, @tmski, dengan kapsyen ringkas namun penuh makna, “And then there were three.”

Putera Mateen

Foto: IG @tmski

Dalam foto hitam putih yang dimuat naik, pasangan diraja itu kelihatan berpegangan tangan sambil YM Anisha menyentuh perutnya sebagai simbolik kepada kehadiran ahli baharu dalam keluarga mereka.

Artikel lain: Mahar Seribu Ringgit, Putera Mateen & Dayang Anisha Kini Suami Isteri

Putera Mateen, 34, dan YM Anisha, 31, melangsungkan perkahwinan diraja penuh adat istiadat pada Januari 2024, menjadikan pengumuman ini hadir selepas lebih setahun mereka mendirikan rumah tangga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Putera Mateen tidak mendedahkan usia kandungan atau butiran lanjut mengenai kehamilan tersebut, sekaligus menimbulkan rasa teruja dalam kalangan peminat yang menantikan perkembangan selanjutnya.

Putera Mateen

Foto: IG @tmski

Pasangan ini sebelum ini sering mencuri perhatian ramai dengan keperibadian yang sederhana serta hubungan mereka yang dilihat penuh kasih sayang dan saling menyokong antara satu sama lain.

Pengumuman berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi di media sosial apabila ruang komen hantaran itu dibanjiri ucapan tahniah dan doa daripada rakyat Brunei serta peminat yang turut berkongsi rasa teruja menantikan kehadiran zuriat diraja berkenaan.

Congratulations you two

Putera Mateen

Semoga mendapat anak yang soleh dan solehah

Putera Mateen

Semoga mommy dan baby sihat

Putera Mateen

Untuk rekod, istiadat perkahwinan pasangan diraja tersebut berlangsung selama 10 hari bermula 7 Januari 2024 tahun lalu.

Sumber: Instagram @tmski

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Dunia

Beberapa pengguna media sosial tampil mempertikaikan dakwaan aktivis Rohingya, Noor Azizah mengenai pengalaman hidupnya di Sabah selepas mendakwa mengenali keluarganya ketika menetap di Sandakan...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd