Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Isu Bateri: Berlaku Salah Faham, Tiada Niat Kenakan Syarat Patuh Syariah – PERODUA

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dokumen yang mengandungi terma dan syarat mengenai program ‘Battery as a Service’ (BaaS) bagi kenderaan elektrik (EV) pertamanya, QV-E.

Menerusi satu kenyataan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad menjelaskan bahawa terdapat salah faham komunikasi di peringkat dalaman, terutamanya berhubung klausa yang menyentuh patuh syariah.

“Kami ingin menegaskan bahawa PERODUA tidak berniat untuk mengenakan sebarang syarat patuh syariah kepada pelanggan semasa menggunakan kenderaan kami,” katanya pada Selasa.

Foto: Bernama

PERODUA turut melampirkan terma dan syarat yang betul bersama kenyataan tersebut bagi memastikan rujukan yang tepat kepada pelanggan dan pihak berkepentingan.

Kenyataan rasmi ini dikeluarkan bagi membetulkan kekeliruan yang timbul susulan tersebarnya dokumen terbabit di media sosial dan menegaskan komitmen syarikat terhadap keterbukaan serta komunikasi yang jelas dengan pelanggan.

Foto: Bernama

Difahamkan, dalam pelan sewaan bateri itu, pelanggan dikehendaki membayar pajakan selama sembilan tahun dengan kadar sewa bulanan RM275, belum termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak lapan peratus.

Berdasarkan konsep patuh syariah operating ijarah, PERODUA menjamin bateri berada pada tahap kesihatan minimum 70 peratus dan sekiranya tahap tersebut tidak dicapai, syarikat akan menggantikan bateri tanpa sebarang kos tambahan kepada pelanggan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, QV-E dilancarkan pada harga RM80,000 di atas jalan tanpa insurans, di mana harga ini tidak termasuk kos bateri yang ditawarkan secara berasingan melalui skim BaaS.

Sumber: Facebook PERODUA

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd