Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Video Didakwa Mengantuk, Polis Teliti Tahap Kesihatan Anggota Trafik

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman video memaparkan seorang anggota polis trafik yang seolah-olah mengantuk ketika menjalankan tugas menjaga lalu lintas sehingga perbualan netizen di media sosial.

Menurut laporan mStar Online, anggota tersebut dilihat terhuyung-hayang di tepi jalan sekali gus membuatkan orang ramai bimbang sekiranya boleh mengundang bahaya.

Rata-rata membuat pelbagai andaian menganggap anggota berkenaan mungkin kepenatan atau dalam keadaan kurang sihat sehingga berasa tidak bermaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah mengesahkan kejadian terbabit berlaku di Bulatan Uplands, Kuching pada Jumaat lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pada 13 Februari dikesan satu rakaman video berdurasi 14 saat yang tular dimuat naik di laman Facebook yang memaparkan seorang anggota trafik kelihatan mengantuk ketika menjalankan tugas.
“Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku pada 10 Februari 2023 di Bulatan Uplands, Kuching dan melibatkan penugasan kawalan penarikan kesesakan lalu lintas.
“Pejabat ini akan meneliti keadaan kesihatan petugas berkenaan berkaitan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, akaun Facebook FTopNews 新闻最前线 memuat naik rakaman berdurasi 14 saat itu sehingga meraih 248,000 tontonan selain ratusan komen netizen.

Sumber: mStar Online, Facebook FTopNews 新闻最前线

Written By

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemergian sepasang suami isteri yang maut dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Kampung Selamat, Sungai Tong, Setiu semalam mengundang rasa sayu dalam kalangan...

Dunia

Seorang wanita menangis sewaktu menjalani hukuman sebat sebanyak 100 kali di hadapan umum selepas didapati bersalah berzina dengan iparnya. Tak kuat tahan sakit Video...

Lokal

Malang tidak berbau, seorang lelaki dilaporkan maut selepas motosikal ditungganinya dipercayai gagal memotong sebuah kereta sebelum bertembung dengan treler. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam...

Lokal

Rezeki tak disangka, seorang pelajar perempuan Tingkatan 2 menjadi individu paling muda membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat...

Advertisement