Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Selamba Guna Telefon Bimbit, Pemandu Bas Rupanya Ada 13 Saman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan notis saman terhadap seorang pemandu bas atas kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu semasa perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh, baru-baru ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya juga mengenal pasti bas yang dibawa pemandu itu adalah milik sebuah syarikat yang beroperasi di Butterworth, Pulau Pinang.

“JPJ ingin menegaskan bahawa tindakan memandu sambil menggunakan telefon bimbit merupakan kesalahan serius dan berbahaya yang boleh mendatangkan risiko kemalangan jalan raya…
“…bukan sahaja penumpang bas tersebut, malah kepada pengguna jalan raya lain,” katanya.

Sebelum ini, tular sebuah video berdurasi 20 saat di media sosial yang memperlihatkan seorang pemandu bas menggunakan telefon bimbit ketika memandu, manakala kedua-dua bahagian sikunya digunakan untuk mengendalikan stereng bas.

Video berkenaan mengundang kecaman ramai kerana sikap pemandu itu yang jelas tidak menghiraukan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

Zailani berkata siasatan lanjut mendapati pemandu tersebut mempunyai 13 saman kesalahan jalan raya lampau dan tindakan penggantungan lesen memandu boleh diambil terhadapnya.

“JPJ ingin menasihati semua pemandu dan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya, manakala pihak syarikat juga perlu memantau dengan rapi pemandu kenderaan masing-masing,…
“…supaya lebih berhemah dan beretika ketika memandu agar perkara seperti itu tidak berulang lagi pada masa akan datang, demi keselamatan penumpang bas ekspres dan juga pengguna jalan raya lain,” katanya.

Selain itu, beliau menyeru orang awam agar menjadi ‘mata dan telinga’ JPJ serta menyalurkan sebarang aduan berhubung kesalahan jalan raya dengan menggunakan aplikasi MyJPJ menerusi e-Aduan@jpj atau [email protected].

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA, Twitter @My_CrimeWatch

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Dunia

Beberapa pengguna media sosial tampil mempertikaikan dakwaan aktivis Rohingya, Noor Azizah mengenai pengalaman hidupnya di Sabah selepas mendakwa mengenali keluarganya ketika menetap di Sandakan...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd