Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Pelancong Baca Ayat Al-Quran Depan Batu Caves, Mufti Tampil Jelaskan Hukum

Mufti menjelaskan hukum membaca al-Quran di rumah ibadah bukan Islam rentetan isu tular tindakan seorang pelancong asing yang mengalunkan potongan ayat surah Al-Anbiya’ ayat 66 dan 67 di hadapan kuil Hindu Batu Caves, Selangor baru-baru ini.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menyatakan bahawa tiada larangan tegas dalam dalil yang menghalang bacaan al-Quran di rumah ibadat bukan Islam kerana ia bergantung kepada tujuan dikehendaki.

Foto: Mywilayah.com

Wan Salim berkata, sekiranya tujuan tersebut untuk mengajak penganut agama lain supaya memeluk Islam serta memperlihatkan keindahan ajarannya kepada mereka, maka ia digalakkan dan hukumnya adalah harus.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jika tujuannya untuk mendakwah penganut agama lain agar memeluk agama Islam atau untuk mengapresiasi keindahan segala ajarannya, maka ia diharuskan malah perlu digalakkan.
“Bagaimanapun, lebih elok jika diadakan di tempat lain seperti di dewan kuil untuk mengelak salah faham orang ramai atau tohmahan serta fitnah yang akan menyusahkan pihak berkaitan,” katanya pada Ahad.

Tambahnya lagi, membaca al-Quran tanpa menyentuh mushaf (lambaran al-Quran) adalah diharuskan bagi orang bukan beragama Islam malah digalakkan untuk memberi terjemahannya jika mereka ingin mengetahui isi kandungannya.

Dalam pada itu, Wan Salim mendoakan agar mereka memperolehi hidayah daripada Allah SWT sekali gus dengan Izin-Nya dapat menerima Islam sebagai anutan.

Foto: Tv Pertiwi

“Malah dicadangkan agar orang bukan Islam diberi terjemahan al-Quran jika mereka ingin mengetahui isi kandungannya.
“Semoga mereka mendapat hidayah daripada Allah SWT dan menerima Islam sebagai anutan dengan izinNYA,” ujarnya.

https://www.tiktok.com/@abdeentube/video/7372782426608651525?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7344041744210167298

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang pelancong asing membaca potongan ayat suci itu di hadapan kuil Hindu dan pempengaruh yang dikenali sebagai Abdeen itu memohon maaf kerana tidak berniat untuk menyentuh mana-mana sensitiviti memandangkan Batu Caves dianggap sebagai lokasi bersejarah.
Sumber: Malaysia Gazette (Malinda Abdul Malik)

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris kini secara rasmi menggalas tanggungjawab sebagai Panglima Tentera Udara (PTU) yang baharu, menggantikan Jeneral Tan Sri Mohd...

Sosial

Tindakan licik seorang lelaki tidak bertanggungjawab menipu pembelian tambah nilai Touch ‘n Go berjaya dirakam menerusi rakaman televisyen litar (CCTV) tertutup di sebuah stesen...

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Bisnes

Pelaksanaan subsidi bersasar bagi petrol RON95 dijangka akan dilaksanakan tahun ini, namun kerajaan perlu memastikan menggunakan mekanisme yang sesuai agar tidak membebankan rakyat. Menteri...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd