Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tuduhan Harry Styles Meludah Chris Pine – “Ia Dakwaan Mengarut!”

Kecoh di media sosial apabila bintang global, Harry Styles didakwa meludah pelakon Chris Pine pada acara Festival Filem Antarabangsa Venice yang berlangsung baru-baru ini.

Bagaimanapun, memetik laporan PEOPLE, pihak Chris memaklumkan bahawa tuduhan terhadap bekas anggota kumpulan One Direction itu adalah tidak berasas sama sekali.

“Ia adalah dakwaan mengarut! Saya mahu jelaskan bahawa Harry Styles tidak meludah Chris Pine,” kata wakil tersebut.

Difahamkan, kedua-dua selebriti yang duduk bersebelahan itu hadir bagi mempromosikan filem lakonan mereka berjudul Don’t Worry Darling arahan Olivia Wilde.

Menerusi video tular, ia memaparkan Harry yang mengenakan sut biru kononnya telah meludah ke arah Chris ketika kembali ke tempat duduknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih menjadi perdebatan netizen apabila Chris dilihat memandang ke bawah selain memberikan reaksi seperti ‘mengeluh’, namun tersenyum sambil mengunyah sesuatu.

Sekadar info, filem terbitan Warner Bros. Pictures itu turut dibintangi Olivia Wilde, Florence Pugh dan ramai lagi yang akan ditayangkan bermula 23 September ini.

Sumber: PEOPLE

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd