Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiga Dipercayai Maut, Nahas Lima Kenderaan Di Kluang

Tiga individu dipercayai maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS arah Selatan, Kluang lewat malam tadi.

Foto: Media Sosial

Menurut laporan Harian Metro, insiden yang berlaku sekitar jam 11.48 malam itu turut menyebabkan dua buah kenderaan iaitu  kenderaan pelbagai guna (MPV) dan treler terbakar.

Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Nizar Mamun berkata pihaknya mengesahkan terdapat mangsa yang maut, namun butiran lanjut masih dalam siasatan.

Foto: Media Sosial

Seramai 13 anggota bomba dair BBP Renggam dan Kulai bersama tiga jentera digerakkan ke lokasi bagi menjalanakan operasi menyelamat.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati kebakaran membabitkan MPV Honda Stepwagon dan treler. Kemalangan juga membabitkan Toyota Camry dan Proton X50,” katanya.

Foto: Media Sosial

Maklumat awal mendapati tiga individu yang menaiki Toyota Camry terselamat, manakala seorang lelaki dan seorang wanita yang berada dalam Proton X50 mengalami kecederaan serta seorang lagi lelaki yang berada dalam treler turut dilaporkan cedera.

Sementara itu, MPV Honda Stepwagon dilaporkan membawa seorang lelaki, empat wanita serta dua kanak-kanak, masing-masing seorang lelaki dan seorang perempuan.

Foto: Media Sosial

Nizar menjelaskan, punca sebenar kemalangan masih disiasat, dan pihak berkuasa sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian ini.

Sumber: Harian Metro (Mohamad Fahd Rahmat)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

“Melayu tiada duit beli barangan China.” Itulah sindiran tajam yang dilemparkan oleh pengulas politik konservatif Amerika Syarikat, Bill O’Reilly, ketika memperlekeh lawatan rasmi Presiden...

Sosial

Tular satu video di media sosial seorang pengulas politik Amerika Syarikat (AS) memperlekehkan Malaysia sebagai sebuah negara yang miskin menyebabkan berlakuknya ketidakpuasan dalam kalangan...

Lokal

“Kena korek tabung vaksin jawabnya…”, demikian kata pendakwah bebas, Mohd Rasyiq Mohd Alwi, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq berkaitan diperintahkan membayar RM2.5...

Sosial

Seorang individu yang sudah berkhidmat 21 tahun dengan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah telah berkongsi rasa apabila...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd