Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Terbuka Singapura 2024: Lee Zii Jia Terpaksa Tarik Diri Akibat Kecederaan Hamstring

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia (LZJ) dilaporkan terpaksa menarik diri daripada kejohanan Terbuka Singapura 2024 akibat mengalami kecederaan hamstring selepas menyertai dua kejohanan berturut-turut iaitu Terbuka Thailand 2024 dan Masters Malaysia 2024.

Menerusi satu laporan Bernama, Team LZJ melalui hantaran di X dilaporkan memaklumkan perkara tersebut dan memberitahu keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat perubatan, selain memberi tumpuan kepada proses rehabilitasi.

Foto: Bernama

“Ia satu keputusan yang sukar untuk menarik diri dari Terbuka Singapura, tetapi selepas penilaian perubatan di Singapura, Zii Jia dinasihatkan untuk tidak mengambil bahagian kerana kecederaan hamstring yang dialami semasa Terbuka Thailand dan Masters Malaysia,” katanya.

Sementara itu, menarikan diri LZJ tersebut sekali gus memberikan kemenangan percuma kepada juara bertahan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia yang dijadualkan menentang Zii Jia pada pusingan pertama hari ini.

Foto: X TeamLZJ

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal ini secara tidak langsung menjadikan Anthony Sinisuka Ginting mara ke pusingan kedua dan akan bertemu seorang lagi perseorangan lelaki profesional negara, iaitu Leong Jun Hao pada esok, 30 Mei.

Untuk makluman, kejohanan Terbuka Thailand 2024 dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 19 Mei lepas, dan diikuti dengan kejohanan Masters Malaysia pada 21 hingga 26 Mei, manakala kejohanan Terbuka Singapura yang bertaraf Super 750 telah membuka tirainya pada 28 Mei sehingga 2 Jun depan.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pasukan Dart Kebangsaan Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat kemenangan sulung dalam penampilan mereka di pentas Piala Dunia Dart 2025. Malaysia membuka kempen dengan...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menahan empat individu, termasuk tiga ahli jawatankuasa (AJK) sebuah badan bukan kerajaan (NGO), kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana milik...

Lokal

Dua lelaki dipercayai berasal dari Sibu, Sarawak maut selepas ditembak sekumpulan suspek bersenjata dalam satu kejadian mengejut di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di...

Lokal

Seorang lelaki berusia 60 tahun direman selama empat hari bermula 16 Jun sehingga 19 Jun bagi membantu siasatan kes penipuan pakej haji yang didakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd