Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Taufan Yagi: Pernah Dapat Perhatian Dunia, Jurulatih ‘Wild Boars’ Terperangkap Lagi

Jurulatih bola sepak pasukan untuk pasukan muda Thailand ‘Wild Boars’ yang pernah meraih perhatian dunia selepas terperangkap hampir tiga minggu di dalam sebuah gua pada 2018 sekali lagi menghadapi situasi cemas apabila terpaksa berlindung di atas bumbung rumahnya susulan banjir kilat baru-baru ini.

Memetik laporan The Guardian, jurulatih bernama Ekkapol Chantawong berkata dia memanfaatkan pengalamannya terperangkap bersama pasukan ‘Wild Boars’ bagi mengharungi kejadian banjir di rumahnya di daerah Mae Sai, utara Thailand.

Hujan lebat berhari-hari susulan kejadian Taufan Yagi telah mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di utara Thailand, Vietnam, Laos dan Myanmar.

Jurulatih 'Wild Boars'

Kata Chantawong, banjir secara tiba-tiba di kampungnya pada awal pagi Selasa telah menyebabkan dia dan keluarganya tidak sempat meninggalkan kampung dan menyelamatkan diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, air yang terus meningkat secara mendadak memaksa dia naik ke atas bumbung rumahnya bersama teman wanita dan ibu saudaranya dan mereka terperangkap di situ sepanjang malam.

Artikel lain: Berat Naik 20kg Sebab Tekanan, Gadis Berjaya Kurus Selepas Berhenti Kerja

“Saya takut tetapi saya memberitahu diri saya, perlu bertenang. Tunggu dan nilai keadaan,” katanya.

Sementara itu, Chantawong memaklumkan walaupun air sudah beransur surut dan membolehkan dia turut ke tingkat bawa rumah, mereka masih tidak dapat menyelamatkan diri kerana arus di luar masih terlalu deras.

Jurulatih 'Wild Boars'

Sebelum ini, Chantawong pernah terperangkap hampir tiga minggu disebabkan banjir kilat bersama pasukannya ‘Wild Boars’ di sebuah kompleks gua Tham Luang yang mendapat perhatian global.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tidak fikir ia berbeza. Mula-mula kita perlu fokus dan menyelesaikan masalah yang kita hadapi.
“Saya tidak berasa tertekan apabila berhadapan situasi seperti terkandas ini. Saya melihat lebih banyak jalan keluar,” kongsinya.

Ditanya sama ada dia boleh membayangkan pengalaman ketiga seperti itu, Ekkapol sebaliknya ketawa.

“Sukar untuk dikatakan. Kita tidak boleh mengetahui apa yang akan berlaku, tetapi saya harap tidak perlu naik ke atas bumbung lagi malam ini,” ujarnya

Jurulatih 'Wild Boars'

Menerusi tinjauan di akaun Instagram milik Chantowong, kira-kira pukul 9 pagi Khamis, arus air banjir sudah tidak deras dan dia berserta beberapa warga kampung lain sudah boleh meredah air.

Sumber: The Guardian, Instagram Ekkapol Chantawong

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular satu rakaman  kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pengawal keselamatan atau guard ditampar seorang pemandu lelaki yang dipercayai berang di sebuah pondok keselamatan....

Sosial

Video seorang pak cik lempar petai atas jalan tular di media sosial apabila dipercayai kecewa selepas tidak dibenarkan berniaga di lokasi tersebut oleh penguat...

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd