Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PDRM Tiada Niat Jatuhkan Imej Kelantan, Rampasan Hampir RM22 Juta Bukti Komitmen Perangi Dadah

PDRM Tiada Niat Jatuhkan Imej Kelantan

Polis Kelantan menegaskan tiada sebarang agenda tersembunyi dalam pendedahan berkaitan rampasan dadah di negeri ini, sebaliknya tindakan yang diambil adalah sebahagian daripada usaha berterusan memerangi penyalahgunaan bahan terlarang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, dakwaan kononnya beliau berniat untuk menjatuhkan imej negeri adalah tidak benar, sebaliknya segala tindakan dibuat berlandaskan tanggungjawab sebagai pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Apa yang pasti, isu dadah dan penyeludupan di Kelantan adalah serius dan berleluasa. Berikutan itu, apabila dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan, fokus utama saya adalah jihad dadah dan ini yang saya perjuangkan,” katanya kepada Berita Harian.

PDRM Tiada Niat Jatuhkan Imej Kelantan

Beliau berkata, usaha berterusan PDRM telah membawa kepada kejayaan besar dengan nilai rampasan pelbagai jenis dadah di seluruh Kelantan sejak Januari hingga 14 Julai lalu mencecah hampir RM22 juta, berbanding RM6.8 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Mohd Yusoff menegaskan bahawa beliau sendiri adalah anak jati Kelantan dan tiada sebab untuk menjatuhkan negeri kelahirannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Semestinya sebagai anak jati Kelantan, saya mahu menyelamatkan negeri ini daripada jenayah dadah. Malah, saya juga bukan orang politik dan sudah tentu tiada agenda tersembunyi.
“Apa yang saya bongkarkan berhubung rampasan dadah ini adalah hasil kerja keras polis, bukannya mahu mengaitkan dengan sentimen negeri,” katanya.

Beliau turut merujuk kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang menyatakan dadah adalah faktor utama mendorong kepada pelbagai jenis jenayah.

“Inilah yang saya mahukan supaya apabila isu dadah dapat ditangani, jenayah lain seperti mencuri, merompak, bunuh ibu dan sebagainya dapat dikurangkan.
“Untuk atasi jenayah lain, benda paling penting kita mahu basmi dadah dahulu dan jihad dadah ini akan terus dipertingkatkan,”jelasnya.

Artikel lain: Sebut Sahaja Dadah, Orang Nampak Kelantan Sedangkan Jumlah Penagih Naik Di Seluruh Negara – Exco

“Jadi mana-mana pihak atau netizen yang mendakwa saya mempunyai agenda tertentu atau mahu menjatuhkan Kelantan, itu tidak benar sama sekali. Dalam jihad terhadap dadah ini, saya tidak mengharapkan pujian manusia, kerana yang saya harapkan hanyalah reda dan pujian Allah SWT,” tegasnya.

Sepanjang Januari hingga Julai tahun ini, seramai 14,618 pesalah narkotik direkodkan di Kelantan, berbanding 15,007 orang dalam tempoh sama tahun lalu.

Sumber: BH Online (Nor Fazlina Abdul Rahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd