Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Berat Naik 20kg Sebab Tekanan, Gadis Berjaya Kurus Selepas Berhenti Kerja

Seorang gadis dari Wilayah Guangdong, China, Ouyang Wenjing berdepan masalah peningkatan berat badan secara mendadak akibat tekanan kerja yang dihadapinya.

Menurut laporan SCMP, berat badan gadis tersebut meningkat daripada 60 kilogram (kg) kepada 80 kg dalam masa setahun yang berpunca akibat persekitaran tempat kerjanya.

Dia menjelaskan bahawa bebanan kerja banyak, waktu kerja panjang, syif tidak teratur dan kebergantungan pada makanan yang ditempah secara dalam talian telah menyumbang kepada kenaikan berat badannya.

Di China, isu stres atau tekanan di tempat kerja sehingga menyebabkan masalah berat badan itu juga disebut sebagai ‘overwork obesity’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Budaya kerja ‘996’, bekerja dari pukul 9 pagi hingga 9 malam, enam hari seminggu yang lazim di syarikat teknologi China turut menyumbang kepada masalah ini walaupun undang-undang buruh China menetapkan had bekerja 40 jam seminggu, banyak syarikat mengabaikan peraturan ini.

Pakar kesihatan, Dr. Zuo Xiaoxia dari Hospital Tentera Pembebasan Rakyat No. 309, mengenal pasti beberapa faktor utama isu tersebut, termasuk makan malam lewat, makan berlebihan, dan kurang tidur.

Justeru itu, Dr. Zuo mencadangkan agar pekerja makan lebih banyak sayur-sayuran, kurangkan daging, dan cuba mengekalkan waktu makan yang teratur walaupun di bawah tekanan kerja.

Ouyang mengubah gaya pemakanan ke arah lebih sihat seterusnya berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 6 kg dalam masa sebulan dan kini menjadi pempengaruh yang berkongsi pengetahun berkaitan penurunan berat badan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: SCMP

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Sukan

Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mengakui beliau kurang berpuas hati apabila Malaysia muncul juara Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

Sukan

Penolong pengurus skuad sepak takraw Thailand, Rattadech Noijaroen, meluahkan rasa kecewa susulan insiden kontroversi yang mencemari aksi Piala Dunia ISTAF di Stadium Titiwangsa malam...

Dunia

YouTuber Indonesia, Frans Sanjaya bersama seorang pekerja muzium dikenali sebagai Sadan tampil memohon maaf selepas kenyataan mereka mengenai siri animasi popular Upin & Ipin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd