Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Ibu Maut Ketika Bersedekah, Dilanggar Anak Sendiri Sewaktu Buat Pusingan U

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika sedang menunggu giliran untuk memberi sedekah di sebuah kuil.

Menurut laporan Mothership Sg, mangsa Pathum Songwannam, 75, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dilanggar van yang dipandu anaknya, Nawi Songwannam, 47, dalam kejadian yang berlaku pada pagi 11 Julai lalu.

ibu

Foto: MGR Online

Difahamkan, keluarga tersebut dalam perjalanan ke wilayah Udon Thani dari Bangkok sempena cuti perayaan. Pada pagi kejadian, mereka merancang untuk mengunjungi kuil bagi menyempurnakan ibadah sedekah.

Disebabkan keadaan kuil yang sesak, Nawi menurunkan ibunya terlebih dahulu di tepi jalan agar wanita itu dapat memulakan amalannya. Dia kemudian membuat pusingan U dan kembali ke lokasi sama untuk menunggu.

Artikel lain:Ibu Maut, Anak Cedera Motosikal Terlanggar Pintu Kereta

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun dalam detik yang tidak disangka, kenderaan yang dipandunya secara tiba-tiba meluncur laju dan melanggar ibunya sendiri.

Adik Nawi, Phon, yang turut berada berhampiran terselamat kerana sempat mengelak daripada terkena rempuhan. Van yang dipandu Nawi turut dilaporkan terbabas dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

ibu

Foto: MGR Online

Sebaik saja polis tiba di lokasi, Nawi kelihatan terduduk dan menangis hiba. Dalam keadaan pilu, dia sempat meluahkan rasa di hati.

“Saya cuma mahu ibu gembira semasa bercuti, saya tak sangka tangan saya sendiri yang akan meragut nyawanya. Sekarang saya terpaksa membawa pulang jasad ibu, bukan kenangan manis.” katanya dengan sebak.

Polis mengesahkan Nawi kini berdepan pertuduhan memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.

Sumber: Mothership (Ilyda Chua)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur akhirnya dibuka semula kepada umat Islam hari ini selepas ditutup selama 40 hari oleh Israel susulan tindakan ketenteraan bersama...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa selat-selat utama di negara itu mempunyai kepentingan strategik kepada perdagangan dunia, sekali gus menjadikan Indonesia sentiasa menjadi perhatian...

Sosial

Usahawan yang juga pempengaruh media sosial Anees Ayunie meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi menerima hadiah sebuah rumah daripada suaminya bersempena kehamilan anak kedua...

Sosial

Seorang pelancong dari China diheret keluar dari penerbangan selepas didakwa menepuk punggung seorang pramugari di dalam pesawat Malaysia Airlines pada Rabu. Kejadian tersebut dirakam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd