Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tampil Gaya Rambut Pendek, Reza Rahadian Dipuji Lebih ‘Handsome’

Pelakon hebat Indonesia, Reza Rahadian mencuri tumpuan ramai apabila tampil dengan imej sedikit berbeza dengan menukar gaya rambutnya sejak 1 September lalu.

Menerusi hantaran di laman Instagram, pelakon berusia 35 tahun itu tampil dengan gaya potongan rambut pendek berbanding rambut panjang atau ‘serabai’ sebelum ini.

View this post on Instagram

A post shared by REZA RAHADIAN OFFICIAL FANBASE (@officialpilarez)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, dia yang terkenal dengan imej berjambang lebat turut membuang bulu-bulu pada wajahnya sekali gus lebih kemas dan ‘segar’ sehingga mendapat pujian peminat.

View this post on Instagram

A post shared by REZA RAHADIAN OFFICIAL FANBASE (@officialpilarez)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menjengah di ruangan komen, ramai terutama golongan wanita memuji pelakon filem Garis Waktu itu yang kelihatan semakin tampan dengan penampilan baru tersebut.

Tidak kurang ada juga segelintir mengusik dengan berseloroh mahu menjadikan Reza sebagai pasangan hidup mereka.

Macam gaya ‘Park Saeroyi’

Masya-Allah tergoda

Senyum seperti ajak berkahwin

Memetik laporan IDN Times, difahamkan Reza mengubah gaya rambutnya demi watak digalas untuk filem terbaharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram Reza Rahadian , IDN Times

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd