Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Takut Digigit Nyamuk, Ivan Gunawan Sedia Baju ‘Indiana Jones’ Sebelum ke Uganda

Pereka fesyen dari Indonesia, Ivan Gunawan telah menyediakan baju ala-ala Indiana Jones kerana takut digigit nyamuk ketika bercuti di Uganda.

Menerusi video temubual di saluran YouTube media tempatan, Ivan menyatakan bahawa pemilihan pakaian yang sama seperti watak dalam filem Hollywood popular, Indiana Jones adalah disebabkan untuk mengelakkan dirinya daripada digigit nyamuk.

“Dalam fikiran saya, saya mahu pakai baju seperti Indiana Jones, dengan kasut boot… saya takut nyamuk dan macam-macam lagi,” katanya.

Pada masa yang sama, lelaki yang mesra disapa sebagai Igun ini turut memaklumkan tentang percutiannya ke Uganda adalah bertujuan untuk melawat sebuah masjid yang telah dibina olehnya pada 16 April 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ya saya sudah membulatkan niat dan tekad. Memang ini tujuannya setelah masjid dibina, saya teringin ke sana untuk melihat.
“Tujuannya buat kebaikan untuk ramai orang. Siapa tahu nanti ada lagi rezeki buat masjid selanjutnya,” ujarnya.

Foto: IG Ivan Gunawan

Sehubungan dengan itu, pereka fesyen berusia 43 tahun itu juga meletakkan harapan agar dia dapat membina lebih banyak tempat ibadah buat umat Islam pada masa akan datang.

Terdahulu, Ivan pernah menjadi bualan hangat apabila teman baiknya, Nikita Mirzani membuat dakwaan bahawa lelaki itu cuba untuk menjatuhkan Nikita dengan cara syirik pada awal tahun lepas.

Sumber: YouTube Seleb Oncam News

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Lokal

Bangunan seakan ‘flat’ dan perkampungan warga asing di Sungai Tekali yang tular di media sosial serta dikaitkan dengan komuniti Rohingya akan dirobohkan mengikut tindakan...

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Nasional

Kecemerlangan dalam pendidikan bukan sekadar menjadi kebanggaan keluarga, malah mencerminkan komitmen, disiplin dan daya juang tinggi yang diterapkan dalam kalangan anak-anak warga Kementerian Pertahanan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd