Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Takaful Malaysia Catat Peningkatan 40%, Pendapatan RM892.2 Juta Bagi Suku Pertama TK2024

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Tafakul Malaysia) berjaya mencapai peningkatan sebanyak 40% dengan untung bersih berjumlah RM892.2 bagi suku pertama tahun kewangan 2024 (TK2024).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal menyatakan bahawa pihaknya  telah mencapai prestasi yang memberangsangkan dan keputusan kewangan yang berdaya tahan bagi suku pertama tahun ini.

 

Nor Azman berkata, Takaful Malaysia mencatatkan keuntungan sebelum zakat dan cukai sebanyak RM150.3 juta bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2024, meningkat sebanyak 16% berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya sebanyak RM129.6 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hal ini disebabkan oleh keuntungan yang lebih tinggi yang disumbangkan oleh perniagaan takaful am dan margin perkhidmatan kontraktual (CSM) dalam tempoh tinjauan. 
“Bagi memperkukuhkan kedudukan dalam industri insurans dan takaful, kami terus memberi tumpuan dengan memanfaatkan kedudukan kami yang kukuh dalam perniagaan bankatakaful, perbendaharaan, manfaat pekerja dan takaful am, serta mempelbagaikan portfolio perniagaan kami ke pasaran runcit untuk mengekalkan trajektori pertumbuhan kami,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Difahamkan, keuntungan Takaful Malaysia selepas zakat dan cukai meningkat sebanyak sembilan peratus untuk suku tahun yang dikaji kepada RM102.3 juta daripada RM93.9 juta pada suku tahun sama tahun lalu.

Sementara itu, Nor Azman berkata, perniagaan syarikat ini telah menjana pendapatan sebanyak RM449.6 juta pada suku yang ditinjau, meningkat 57% berbanding RM286.5 juta pada tempoh yang sama tahun lepas, terutamanya disebabkan oleh pendapatan takaful yang lebih tinggi untuk perkhidmatan takaful yang disediakan.

“Cabang takaful am kami, Takaful Malaysia Am, mencatatkan pendapatan takaful sebanyak RM350.4 juta untuk suku pertama tahun 2024, meningkat 20% berbanding RM291.4 juta yang direkodkan pada tempoh yang sama tahun lepas.
“Pendapatan takaful yang meningkat adalah disebabkan oleh caruman yang lebih tinggi untuk perniagaan takaful am kami,” ujarnya lagi.

Selain berada pada landasan yang betul, beliau juga memaklumkan bahawa Takaful Malaysia akan menawarkan pelbagai  pelan perlindungan yang komprehensif pada harga yang kompetitif sebagai pendorong utama pertumbuhan.

“Strategi kami untuk mempelbagaikan portfolio perniagaan dan mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran runcit dengan memperkenalkan Kaotim, sebuah platform digital dan jenama yang diuruskan oleh Takaful Malaysia yang menawarkan pelan perlindungan yang lebih mampu milik dan mudah diakses, telah diterima baik di pasaran dan memberikan hasil yang positif.
“Kami komited kepada agenda digital kami melalui integrasi digitalisasi dan teknologi untuk mengoptimumkan operasi perniagaan kami serta meningkatkan pengalaman pelanggan yang penting bagi kelestarian perniagaan kami pada masa hadapan,” jelasnya.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang pengguna di platform TikTok dengan niat nak beli air balang dijual bekas pemain bola Sri Pahang FC, Mohammad Gopi Rizqi telah menarik perhatian...

Spotlight

Bekas pelakon filem dewasa dari Jepun, Kae Asakura atau raelilblack telah berkongsi momen sewaktu berada di Masjid Sendayan bagi menunaikan solat fardu dan juga...

Lokal

“Saya tak boleh terima (permohonan maaf keluarga), itu anak saya. Pedihnya hati sebab dia sangat rapat dengan saya, berkawan macam mana pun dia rapat...

Lokal

Penjara Kajang dilihat ‘sesak’ apabila ramai yang keluar masuk beli kuih raya air tangan banduan bersempena dengan Aidilfitri tidak lama lagi. Menerusi perkongsian video...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd