Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tak Mahu Diganggu, Nikita Willy Lebih Selesa Bersalin Di Amerika Syarikat

Pelakon dan penyanyi Indonesia, Nikita Willy mengakui lebih memilih untuk melahirkan cahaya mata di Amerika Syarikat (AS) berbanding di negaranya sendiri.

Menurut laporan InsertLive, sebelum ini pelakon berusia 28 tahun itu telah melahirkan anak sulungnya di sebuah hospital di Los Angeles pada April lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Nikita Willy-Indra (@nikitawillyofficial94)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nikita berkata, keputusan itu dibuat kerana mahu berasa selesa dan tenang selain tidak perlu bertemu dengan ramai tetamu yang ingin melawatnya.

“Saya rasakan waktu selepas bersalin, kita memerlukan ketenangan untuk diri sendiri dulu. Rasa beruntung bersalin di sana sebab kalau ada kenalan mahu berjumpa..
“…saya ada alasan kukuh (berada di luar negara). Tak boleh berjumpa, sayangnya… padahal rasa bersyukur,” katanya dipetik dari temu bual Mother and Beyond pada Sabtu lalu.
View this post on Instagram

A post shared by Nikita Willy-Indra (@nikitawillyofficial94)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah pelakon filem Rasuk 2 itu, keadaan badan selepas bersalin juga menjadi faktor apatah lagi sudah letih bertarung nyawa melahirkan zuriat tercinta.

“Keadaan badan yang belum bagus, perubahan mood.. kadang-kadang mandi pun malas, nak bersiap untuk jumpa tetamu, berasa cepat sensitif dan lain-lain,” ujarnya lagi.
View this post on Instagram

A post shared by Nikita Willy-Indra (@nikitawillyofficial94)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, pemilik nama penuh Nikita Purnama Willy itu berkahwin dengan Indra Priawan Djokosoetono pada 2020 dan dikurniakan seorang bayi lelaki pada 7 April lalu.

Sumber: InsertLive , Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd