Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Syed Sadiq Perlu Tunjuk Contoh Yang Baik – Hakim Mahkamah Tinggi

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Azhar Abdul Hamid menekankan bahawa Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sebagai seorang ahli parlimen dan idola anak muda perlu meletakkan standard yang lebih tinggi dan menunjukkan contoh yang baik.

Foto: Utusan Borneo Online

Menurut laporan Harian Metro, beliau berkata, sebagai wakil rakyat, Syed Saddiq mesti memikul tanggungjawab memperjuangkan hak pengundi dan melaksanakan tugasnya sebagai seorang yang dipilih oleh rakyat Muar.

“Kedudukan tertuduh sebagai seorang ‘public figure’ dan ahli parlimen yang menjadi idola dalam kalangan anak muda juga diberikan penekanan.
“Selain itu, usia tertuduh yang masih muda juga menjadi pertimbangan mahkamah ini, dalam usia ini, tertuduh masih mempunyai banyak masa lagi untuk menyedari dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan serta mengambil iktibar dari apa yang berlaku,” katanya.

Pada 9 November tahun lalu, Azhar menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua sebatan terhadap Ahli Parlimen Muar itu atas empat tuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hakim turut membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan hukuman penjara sementara rayuan dikemukakan.

Azhar menekankan faktor kepentingan awam dan memberi amaran keras tentang keseriusan kes pecah amanah dan salah guna harta.

Syed Saddiq didakwa sebagai Ketua Sayap Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika itu disyaki terlibat dalam pecah amanah melibatkan RM1 juta dana pertubuhan.

Beliau turut didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri dengan mengeluarkan RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang adalah hasil daripada aktiviti haram.

Hakim mendapati tindakan Syed Saddiq mengarahkan subordinatnya mengeluarkan wang tanpa kelulusan merupakan kesalahan di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Azhar menegaskan tiada alasan munasabah untuk memindahkan wang tersebut kecuali untuk membiayai kempen pilihan raya peribadi.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Sukan

Malaysia dijangka kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disebut-sebut bakal menganjurkan Grand Prix Bahrain pada Oktober ini...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd