Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Sultan Johor Gesa Beri Anwar Ibrahim Peluang Bukti Kemampuan Sebagai PM

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menggesa rakyat Malaysia supaya memberi peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuktikan kemampuan diri sebagai Perdana Menteri dalam tempoh masa lima tahun ini.

Tak mungkin Anwar dapat buat perubahan mendadak

Memetik laporan dari temu bual eksklusif bersama The Straits Times Singapura, Sultan Ibrahim bertitah bawa tidak mungkin untuk Anwar membuat perubahan mendadak dalam tempoh satu tahun ini untuk negara.

“Saya tidak fikir anda boleh menukar negara dalam satu tahun.
“Saya fikir (Kerajaan Perpaduan) ada menteri yang baik seperti (Menteri Pengangkutan) Anthony Loke.
“Saya akan menyokong kerajaan, namun jika saya fikir mereka melakukan sesuatu yang tidak wajar, saya akan memberitahu mereka,” titah baginda.

Kredit foto: News Straits Times

Artikel lain: Anwar Ibrahim Harus Lebih Berani Membuat Keputusan – TMJ

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sultan Johor tiada masalah bekerja dengan Anwar Ibrahim

Sultan Ibrahim juga memaklumkan yang baginda tidak akan ada masalah bekerja dengan Anwar kerana memang mempunyai hubungan yang rapat dengan Perdana Menteri berkenaan.

Baginda mendedahkan bahawa Anwar kadangkala menghubungi baginda walaupun ketika itu sudah tengah malam.

Untuk info, Sultan Johor telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 27 Oktober tempoh hari. Pelantikan baginda selama lima tahun itu berkuat kuasa 31 Januari 2024.

Kredit foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama lima tahun mulai dari tarikh sama.

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang yang berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Sumber: The Straits Times Singapura

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Sebuah kereta mewah Nissan GT-R disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati dipandu dengan lesen tamat tempoh dan tanpa insurans di susur keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd