Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Sudah Keluar Hospital, Lesti Kejora Enggan Pulang Rumah Kerana Trauma Dipukul Suami

Penyanyi terkenal Indonesia, Lesti Kejora sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas empat hari menerima rawatan di hospital akibat mengalami kecederaan di bahagian badan dipukul oleh suaminya, Rizky Billar.

Menurut laporan Detik.Com, Lesti telah mengambil keputusan untuk tinggal di kediaman lain dan tidak mahu menetap di rumahnya.

Malah, Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya Kombes Pol E Zulpan berkata, Lesti kini dalam keadaan selamat namun, lokasi penyanyi tersebut terpaksa dirahsiakan demi menjaga privasi dan keselamatannya.

“Lesti tidak mahu serumah dengan Muhammad Rizky kerana trauma. Lesti kini berada di tempat yang tidak perlu saya katakan tetapi dia berada di tempat selamat,” katanya.

Tambahnya lagi, pihak polis telah menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah penyanyi itu dan mereka kini sedang menyiasat tiga orang saksi keganasan rumah tangga yang terjadi kepada Lesti.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Penyiasat telah mengambil keterangan saksi yang merupakan pembantu rumah pasangan tersebut dan juga pekerja Leslar Entertaiment. Polis juga telah mendapatkan bukti lain di CCTV rumah mereka,” ujarnya lagi.

Untuk perkembangan lain, Rizky turut dipanggil untuk memberikan keterangan susulan keganasan rumah tangga yang dilakukan olehnya terhadap Lesti Kejora.

Sumber: Detik.Com (Febriyantino Nur Pratama)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Nasional

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba kaedah yang dikenali sebagai ‘tidur enam saat’, kerana ia bukan tidur sebenar dan boleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd