Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Suami Tikam Isteri -“Hantar Anak2 Ke Rumah Pengasuh Sebelum Serah Diri”

Seorang suami tergamak untuk menikam isterinya hingga maut akibat cemburu di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau, Perlis pada pagi Sabtu.

Suami tikam isteri sebab cemburu

Suspek yang merupakan pesara tentera juga menikam isterinya selepas mengesyaki isteri, seorang jururawat Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar berlaku curang.

Memetik laporan Kosmo! Online, pasangan itu disyaki bergaduh sewaktu mangsa ingin keluar bekerja kira-kira pukul 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, suspek berusia 38 tahun itu dipercayai bergaduh dengan mangsa di ruang tamu rumah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Semasa pergaduhan, suspek bertindak menikam mangsa dengan sebilah pisau di bahagian dada sebelah kiri,”ujarnya.

suami tikam isteri

Artikel lain: Sering Minta Makanan, Lelaki Kurang Siuman Maut Ditikam Peniaga Foodtruck

Suami tikam isteri sempat balut mayat

Difahamkan, suspek memindahkan isterinya yang berusia 31 tahun yang tidak sedarkan diri ke dalam bilik tidur utama rumah mereka.

Suspek juga telah ‘membalut’ mangsa dengan selimut tebal sebelum bertindak menghantar dua anak mereka yang masing-masing berusia lapan dan 10 tahun ke rumah pengasuh.

Kemudiannya, bekas pesara tentera itu menyerahkan diri di pondok pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sekitar pukul 10 pagi tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Siasatan turut menemui satu kesan tikaman pada bahagian dada kiri mangsa sedalam kira-kira dua sentimeter,” katanya lagi.

suami tikam isteri

Ahmad Mohsin berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah untuk bedah siasat.

Tambahnya, suspek berkenaan yang juga positif dadah telah ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan permohonan reman ke atas suspek di Kompleks Mahkamah Kangar esok.

Kelam kabut keluar rumah

Saksi yang juga jiran mangsa, Mad Radzi Ismail, 41 berkata, ketika kejadian dia baharu pulang dari tempat kerja. Dia melihat suspek menghidupkan enjin kereta dan terus memandu dengan tergesa-geas keluar dari kediaman mereka.

Mad Radzi mengatakan suspek kerap bertegur sapa dan sering bertanya khabar sekiranya mereka bertemu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Memang perwatakan dia (suspek) baik dan bukannya seorang yang panas baran malah anak-anak kami juga sering bermain bersama di rumah,” katanya.

Pun begitu, dia tidak menyangka sama sekali suspek akan bertindak sedemikian memandangkan perwatakannya sama seperti orang normal lain.

Sumber: Kosmo! Online (Asyraf Muhammad),

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Lokal

Pemandu kereta Proton Persona yang kritikal selepas kemalangan di Kilometer 71 Jalan Johor Bahru–Mersing pada petang Jumaat disahkan meninggal dunia pada malam Sabtu. Kamilin...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd