Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Stok Minyak Sawit Malaysia Naik 0.5 Peratus Kepada 1.75 Juta Tan Metrik Pada Mei – MPOC

Stok minyak sawit Malaysia mengalami peningkatan sebanyak 0.5 peratus kepada 1.75 juta tan susulan permintaan mengatasi bekalan, walaupun pengeluaran meningkat 13 peratus.

Menurut laporan Harian Metro, Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjelaskan bahawa pengeluaran minyak sawit Malaysia meningkat 203,000 tan pada Mei, manakala gabungan eksport dan penggunaan domestik meningkat 212,000 tan.

Foto sekadar hiasan

“Harga minyak sawit dijangka terus meningkat pada Jun kerana pertumbuhan pengeluaran di Malaysia dijangka perlahan pada separuh kedua 2024, manakala eksport semakin meningkat.
“Dari Januari hingga Mei 2024, Malaysia menunjukkan pengeluaran minyak sawit dan prestasi eksport baik, dengan peningkatan pengeluaran 9.0 peratus (626,000 tan) dan peningkatan eksport 7.0 peratus (393,000 tan). 
“Sebaliknya, Indonesia menyaksikan penurunan pengeluaran minyak sawit mentah 647,000 tan (5.0 peratus) dari Januari hingga Mac 2024, menurut data dari GAPKI,” ujar MPOC.

Foto sekadar hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, MPOC menjelaskan, akibat daripada tindakan tersebut, gabungan pengeluaran minyak sawit dari Malaysia dan Indonesia dianggarkan menurun setengah juta tan pada suku pertama 2024.

Tambahnya, meskipun pertumbuhan pengeluaran Malaysia positif, gabungan peningkatan inventori minyak sawit bagi kedua-dua negara dijangka kecil.

MPOC turut memberitahu, harga minyak biji sesawi (rapeseed), bunga matahari dan kacang soya di pasaran Eropah meningkat masing-masing 6.0 peratus, 8.0 peratus dan 7.0 peratus, masing-masing pada Mei, manakala minyak sawit menurun 4.0 peratus.

Foto sekadar hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Lebihan harga minyak sayuran lain berbanding minyak sawit meningkat daripada AS$40 kepada AS$115, dan dijangka menyokong pemulihan berterusan eksport minyak sawit Malaysia.
“Anggaran awal pengeluaran minyak dari sumber bijian oleh USDA untuk tahun pemasaran 2024/25 meramalkan peningkatan 4.0 peratus dalam pengeluaran minyak dari sumber bijian global.
“Ini bermakna, stok minyak bijian global diramalkan meningkat 6.0 peratus, mencapai tahap tertinggi dalam satu dekad pada 2024/25, dan bekalan minyak bijian dijangka kekal mencukupi,” katanya lagi.

MPOC menambah, harga minyak sawit diunjurkan mendapat sokongan pada RM3,900 pada Jun, kerana gabungan bekalan dari Malaysia dan Indonesia dijangka ketat pada akhir 2024, selari dengan peningkatan dalam eksport minyak sawit.

Sumber: Harian Metro

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Sosial

Seorang bapa berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya dikenali sebagai Raisha Falisha hampir menjadi mangsa culik dalam satu kejadian yang berlaku di Taman Bakawali,...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd