Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Liga Super 2025/26: Sri Pahang FC Tarik Diri , Fokus Perkukuh Struktur Dalaman

Sri Pahang FC Tarik Diri

Sri Pahang FC membuat keputusan untuk menarik diri daripada saingan Liga Super musim 2025/26 bagi memberi ruang memperkukuh struktur dalaman kelab demi menjamin masa depan yang lebih stabil.

Sri Pahang FC Tarik Diri Liga Super 2025/26

Dalam kenyataan rasmi, kelab memaklumkan langkah itu diambil bagi meningkatkan pengurusan dalaman sebelum kembali bersaing dalam kancah liga tertinggi bola sepak negara.

“Sri Pahang FC mengambil keputusan menarik diri kerana memerlukan masa untuk meningkatkan dan mengukuhkan lagi struktur dalaman demi menjamin masa depan yang lebih cerah,” menurut kenyataan itu.

Artikel lain: Tarik Diri Daripada Saingan Liga Super Musim Hadapan, PAFA Hormati Keputusan Perak FC

Kelab turut berharap akan terus diberi peluang menyumbang kepada pembangunan bola sepak di Pahang pada masa akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak pengurusan merakamkan penghargaan kepada penganjur, pihak berkuasa, penaja serta penyokong setia dan berharap dapat kembali semula dalam musim akan datang.

Sumber: FB Sri Pahang FC

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Dunia

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, melancarkan kempen ‘Thai Help Thai’ bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga lebih 3,000 barangan keperluan harian...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd