Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SPR Putuskan PRK Kuala Kubu Bharu Pada 11 Mei Depan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu dijadualkan diadakan pada 11 Mei selepas mengadakan mesyuarat khas hari ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata hari penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Bharu pula telah ditetapkan paada 27 April 2024, lapor Kosmo! Online.

Foto: Kosmo! Online

“Hari undi awal ialah pada 7 Mei 2024  dan hari undian ialah 11 Mei 2024,” katanya.

PRK ini dijalankan bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kee Hiong merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sejak 2013 meninggal dunia selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lalu.

Artikel lain: ALR Umum Tiada Kenaikan Kadar Tol Empat Lebuhraya Bagi Tempoh 10 Tahun

Sebelum ini, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Selangor, Lau Weng San berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi DUN itu.

PRK Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan

Foto: Free Malaysia Today

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Kee Hion menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.

Beliau kali pertama mewakili kawasan itu pada 2013 apabila menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Ridzauddin Roslan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur akhirnya dibuka semula kepada umat Islam hari ini selepas ditutup selama 40 hari oleh Israel susulan tindakan ketenteraan bersama...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa selat-selat utama di negara itu mempunyai kepentingan strategik kepada perdagangan dunia, sekali gus menjadikan Indonesia sentiasa menjadi perhatian...

Sosial

Usahawan yang juga pempengaruh media sosial Anees Ayunie meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi menerima hadiah sebuah rumah daripada suaminya bersempena kehamilan anak kedua...

Sosial

Seorang pelancong dari China diheret keluar dari penerbangan selepas didakwa menepuk punggung seorang pramugari di dalam pesawat Malaysia Airlines pada Rabu. Kejadian tersebut dirakam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd