Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

ALR Umum Tiada Kenaikan Kadar Tol Empat Lebuhraya Bagi Tempoh 10 Tahun

Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR) mengumumkan kadar tol bagi keempat-empat lebuh raya di bawah pengurusannya akan dikekalkan sehingga akhir setiap tempoh konsesi mereka.

Menerusi laporan The Star Online, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulannya Sazally Saidi berkata, langkah itu akan menjana kira-kira RM800 juta hingga RM1 bilion dalam simpanan langsung untuk pemandu serta kerajaan dari segi pampasan tol.

Foto: Kosmo!

“Lebuhraya Sprint (SPRINT, Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART), Lebuhraya Damansara-Puchong (LITRAK) dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak dari Pusat Jagaan Darul Sakinah Angkasa (DSACC) di Dewan Glam Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Ketua Transformasi dan Pegawai Korporat Low Jo-Lyn berkata, kadar tol semasa bagi empat lebuh raya itu dijangka dikekalkan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang.

Foto: Google

“Sukuk ALR yang dikeluarkan pada 2022 mempunyai tempoh matang yang terhad iaitu 15 tahun tetapi lebih banyak trafik di lebuh raya kita, semakin pendek konsesi.
“Oleh itu, diramalkan bahawa ALR akan dapat membayar balik sukuk itu menjelang 2033 atau 2034,” katanya.

Jo-Lyn juga berkata penyelesaian di peringkat awal bagi sukuk tersebut akan memendekkan konsesi tol kepada kerajaan.

“ALR adalah sebuah badan swasta, bukan entiti keuntungan yang ditubuhkan untuk mempercepatkan pemulangan empat lebuh raya itu kepada kerajaan Malaysia, struktur syarikat itu dijangka menjana anggaran penjimatan langsung sebanyak RM500 juta untuk pengguna jalan raya setahun dari lebuh raya kumpulan itu,” ujarnya.

Foto: The Star Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain enyantuni kira-kira 20 kanak-kanak daripada DSACC dan memberikan sumbangan wang tunai berjumlah RM50 dan pakaian baharu bernilai RM180 seorang, rumah kanak-kanak tersebut juga menerima sumbangan RM2,000 bagi membantu operasi harian mereka.

Sumber: The Star Online (Grace Chen)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Seorang ahli politik Singapura dari People’s Power Party (PPP), Derrick Sim, memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menyifatkan beliau sebagai antara...

Sosial

Seorang pelanggan lelaki meluahkan rasa kecewa selepas staf di sebuah arked permainan mendakwa dia menghentam mesin ketika sedang bermain sejenis permainan perlumbaan kereta. Lelaki...

Lokal

Seorang tukang rumah warga Indonesia dikenakan enam saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka selepas ditahan menunggang motosikal milik majikannya tanpa lesen memandu dalam...

Nasional

Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini dipercayai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd