Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Solat & Al-Quran Buat Jojo Ghazali Tenang – “Rasa Macam Ada Benda Lagi Besar Jaga”

Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali mendedahkan dia akan menunaikan solat terlebih dahulu meminta pertolongan Allah SWT  sebelum memulakan mana-mana perlawanan.

Menerusi satu podcast YouCast di saluran YouTube, Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo berkata dengan menunaikan kewajipan solat, ia buat dia berasa lebih tenang dalam setiap perlawanannya.

solat buat jojo tenang

“Selalunya solat sajalah sebab solat buat rasa tenang. Sebelum keluar hotel tu, saya akan solat. Tak kira solat hajat dan solat semua, boleh solat, boleh berdoa, berdoalah,” katanya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Jojo juga menceritakan pengalamannya menentang petinju dari Thailand, Tai Sor Jor Piek Uthai dalam One Friday Fights 18 pada Mei tahun lalu.

Peninju berusia 18 tahun itu berkata, sebelum perlawanan berlangsung, dia berasa sangat gementar kerana Tai mempunyai wajah garang selain lebih berusia daripadanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: “Saya Cuma Tiada Rumah, Bukan Gelandangan” – Jason Mamoa

“Macam saya, hari tu ada perlawanan face off menentang Tai. Tadi kan saya ada cakap lawan Tai antara perlawanan paling gementar.
“Sebab badan dia ada tatu, dia lagi tua dan muka garang. Jadi memang dalam van tu, saya memang sangat gementar sebab nama dia pun left midle right, tumbuk sekali KO (knockout) terus. Lagi-lagi saya face off dengan dia.
“Jadi saya cubalah, ini pertama kali saya buat. Saya buka surah al-Quran, saya dengar surah al-Quran. Saya memang dah terdesak.
“Bila saya buka surah al-Quran ni, saya terkejut sebab dia macam tenang. Saya rasa macam ada benda lagi besar yang jaga saya. Saya rasa macam berat dekat bahu ni, dia ambil,” kongsinya.

Solat & al-Quran buat Jojo Ghazali tenang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, Jojo juga menyatakan dia akan menerima semua keputusan perlawanannya tidak kira kalah atau menang kerana percaya rezeki daripada Allah SWT.

“Mindset saya, semasa persediaan atau latihan saya akan bagi 100%. Tidur jaga, makan jaga, training jaga. Tapi bila hari perlawanan, menang alhamdulillah tapi kalau kalah tuhan ada sesuatu yang lebih baik,” ujarnya.

Terdahulu, Jojo dinobatkan sebagai ‘Breakout Star of the Year’ pada tahun lalu yang disahkan oleh pihak One Championship menerusi laman Instagramnya.

Mengikut rekod, Jojo berjaya mencatat kemenangan 5-0 dengan empat KO tahun lalu yang berjaya mengalahkan Tai; bintang muda Thailand, Padetsuk Fairtex; petinju Rusia, Temirlan Bekmurzaev dan juara MuayThai Antarabangsa WBC dari Mexico, Edgar Tabares.

Tonton podcast penuh:

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: YouTube YouCast, Instagram Jojo Ghazali

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan Kosmo!...

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Punca seorang lelaki menembak tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam malam tadi mungkin disebabkan tidak puas hati ditegur supaya mengalihkan barang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd