Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Sistem MyDigital ID Tak Simpan Sebarang Data Biometrik, Tak Guna Cip Atau Implan

MIMOS Berhad menekankan sistem MyDigital ID tidak akan menyimpan sebarang data biometrik seperti cap jari, maklumat mata atau pengecaman muka serta tidak menggunakan sebarang cip atau implan.

Menerusi satu kenyataan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata sistem ini tidak akan mengumpul, memantau atau menyimpan pangkalan data peribadi mahupun aktiviti pengguna dalam talian.

https://www.facebook.com/officialmosti/posts/pfbid0s5byQynEEvh2C93m5Gff7VjhZS1XjL46boS7Ke6JzXZr9GohSVYkWaTUZaZKuKvBl

Selain itu, ia tidak akan mendedahkan data peribadi secara terbuka disamping tidak membolehkan pengguna memiliki lebih daripada satu identiti digital.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“MyDigital ID juga tidak berfungsi sebagai pengganti MyKad untuk bukti pengenalan,” kata MIMOS hari ini.

Tambahnya, penggunaan MyDigital ID pada portal kerajaan dapat menjamin transaksi yang selamat melalui sistem berasaskan kriptografi yang terjamin keselamatannya.

“Keselamatan sistem ini diperakui Pensijilan Kriteria Umum yang diiktiraf di peringkat antarabangsa pada EAL3+.
“Aplikasi MyDigital ID pada telefon pintar mengandungi identiti digital rakyat yang terikat secara kriptogtafi (teknologi yang sangat selamat) kepad anama dan nombor kad pengenalan,” ujarnya.

Sistem MyDigital ID merupakan inisiatif baharu MIMOS Berhad agensi di bawah MOSTI dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Sistem ini merupakan satu kaedah pengesahan untuk semua perkhidmatan digital kerajaan yang turut menjanjikan transformasi kepada rakyat.

Foto: The Star

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, ia juga bertujuan untuk memudahkan akses kepada pelbagai perkhidmatan digital sambil memperkukuhkan keselamatan transaksi dalam talian.

MyDigital ID berfungsi sebagai kaedah pengesahan dalam talian yang akan memberikan rakyat akses yang lancar kepada pelbagai platform digital kerajaan.

Rakyat tidak perlu menghadapi kerumiatan log masuk berbilang disamping memudahkan interaski digital dengan agensi kerajaan.

“MyDigital ID sebagai tunjang komitmen kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan digital yang boleh diakses dan selamat untuk semua rakyat.
“Sistem bersatu ini bukan sahaja memudahkan pengalaman pengguna tetapi juga mengutamakan perlindungan maklumat sensitif di samping mengukuhkan kepercayaan pengguna terhadap infrastruktur digital ini,” kata kenyataan tersebut lagi.

Pelaksanaan MyDigital ID menandakan satu langkah penting ke arah persekitaran yang lebih mesra pengguna dan selamat, sejajar dengan visi kerajaan untuk memanfaatkan teknologi demi memperkasakan rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Malay Mail

Pendaftaran MyDigital ID akan dibuka secara umum bermula pada Mac 2024 dan maklumat pendaftaran dan lokasi pendaftaran akan disenaraikan di laman web MyDigital ID kelak.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hantar e-mel ke [email protected] atau https://www.mimos.my/main/portfolio/mydigital-id/.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang pengguna di platform TikTok dengan niat nak beli air balang dijual bekas pemain bola Sri Pahang FC, Mohammad Gopi Rizqi telah menarik perhatian...

Spotlight

Bekas pelakon filem dewasa dari Jepun, Kae Asakura atau raelilblack telah berkongsi momen sewaktu berada di Masjid Sendayan bagi menunaikan solat fardu dan juga...

Lokal

“Saya tak boleh terima (permohonan maaf keluarga), itu anak saya. Pedihnya hati sebab dia sangat rapat dengan saya, berkawan macam mana pun dia rapat...

Lokal

Penjara Kajang dilihat ‘sesak’ apabila ramai yang keluar masuk beli kuih raya air tangan banduan bersempena dengan Aidilfitri tidak lama lagi. Menerusi perkongsian video...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd