Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemuda Dipercayai Hilang Rupanya Sembunyi Dari Pemungut Hutang

Sebab utama kehilangan seorang pemuda sewaktu membuat penghantaran (COD) iPhone baru-baru ini akhirnya diketahui apabila dia memaklumkan sembunyi dari pemungut hutang.

Sembunyi dari pemungut hutang rupanya

Memetik laporan dari Harian Metro, pemuda berusia 27 tahun itu telah tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam selepas diminta berbuat demikian setelah dikhabarkan sudah pulang ke pangkuan keluarga.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pemuda berkenaan telah memberi keterangan berikutan kehilangannya tempoh hari.

“Pemeriksaan mendapati mangsa dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kejadian berlaku ke atas dirinya.
“Sebenarnya dia melarikan diri atau menyembunyikan diri daripada pemungut hutang,” katanya.

Artikel lain: Kes Hilang COD IPhone: Pihak Polis Minta Mangsa & Tunang Tampil Bantu Siasatan

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sebelum ini, pihak berkuasa telah meminta agar lelaki tersebut tampil memberikan keterangan di balai polis berhampiran setelah dimaklumkan oleh ahli keluarga bahawa dia sudah ditemui.

Terdahulu, pengguna media sosial dipercayai ahli keluarga lelaki terbabit dikenali sebagai lameraheyra telah meminta bantuan orang ramai untuk mengesan keberadaan anak saudaranya yang tidak dapat dikesan selepas membuat COD iPhone.

Kali terakhir dia menghubungi tunangnya adalah pada hari dimaklumkan hilang apabila membuat panggilan video dalam keadaan berlari dan menangis meminta tolong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selang beberapa hari, pemuda tersebut pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan lemah dengan beberapa kesan kecederaan dihantar oleh seorang pemandu lori.

Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)

+ posts

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pasangan pelakon popular Hollywood, Jason Statham dan Rosie Huntington-Whiteley tampil berpakaian sopan serta menutup aurat ketika lawat masjid telah berjaya raih pujian peminat. Menerusi hantaran...

Dunia

Amaran mengenai fenomena  ribut solar dahsyat yang diramalkan berlaku pada awal tahun depan telah dikeluarkan oleh beberapa orang saintis dan dijangka cukup kuat. Mungkin...

Spotlight

Video penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) dan suami barunya, Tiko Aryawardhana di ‘after party’ usai dari majlis resepsi perkahwinan mereka telah tular ...

Dunia

11 pendaki ditemukan maut susulan letusan Gunung Berapi Marapi di Sumatera Barat dan tiga lagi pendaki ditemukan selamat oleh penyelamat Indonesia. Menurut laporan Reuters,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.