Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Selepas Langkah Koordinasi, Ringgit Berada Pada Kedudukan Pertama

Ringgit berjaya berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan negara serantau lain selepas langkah-langkah koordinasi dilaksanakan pada Februari lepas melibatkan kerajaan, Bank Negara Malaysia (BNM) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) .

Menurut laporan Bernama, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata terdapat kesan serta-merta terhadap aliran pasaran dan peningkatan minat pasaran terhadap ringgit.

Beliau berkata kerajaan sentiasa komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit berada pada tahap lebih baik dan mengukuh berbanding sebelumnya.

Ditanya oleh Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul mengenai strategi dasar jangka pendek untuk menguruskan rintangan ekonomi bagi mendepani kejatuhan nilai ringgit, beliau menjawab.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Antara langkah segera yang telah diambil ialah BNM sentiasa memastikan pasaran pertukaran asing dalam negeri kekal teratur dan mengekalkan kestabilan kewangan.

Foto: New Straits Times

“BNM juga terus memantau pasaran kewangan dan mengambil langkah perlu termasuk campur tangan dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang berlebihan,” katanya menerusi sesi soal jawan di Dewan Negara kelmarin.

Selain langkah-langkah bersama BNM, Amir turut memberitahu kerajaan juga turut menumpukan kepada usaha pembaharuan ekonomi yang secara tidak langsung akan mengukuhkan prestasi ekonomi dan mata wang ringgit.

“Kerajaan telah memperkenalkan kerangka Ekonomi MADANI, dengan tonggak utama adalah untuk menstrukturkan semula ekonomi supaya muncul sebagai peneraju Asia.
“Ekonomi MADANI menumpukan usaha memastikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang berdaya saing,” tambahnya lagi.

Dalam menangani isu nilai ringgit, katanya semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing dan rakyat Malaysia diharap mengamalkan sikap ‘Malaysia First’ sebagai pengguna harian.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd