Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Selepas Dua Pertuduhan, Bekas Setiausaha Politik Didakwa Minta Rasuah RM350,000

Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin iaitu Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad didakwa lagi atas kes meminta suapan RM350,000 di Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi satu laporan Astro Awani, lelaki berusia 42 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud berhubung tender pembekalan alat baiki berjumlah RM381 juta, empat tahun lalu.

Foto: MalaysiaKini

“Faham, saya mohon dibicarakan,” katanya.

Menurut laporan, Sayed Amir Muzzakki dikatakan meminta suapan berjumlah RM350,000 daripada Pengarah Urusan Nexuscorp Group Wan Azhar Mohamed Yusof di pejabat syarikat tersebut, iaitu di Kawasan Perindustrian Seksyen 7, Shah Alam pada jam 4 petang, Disember 2020 lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ia didakwa sebagai upah membantu syarikat mendapatkan tender Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pembekalan Alat Ganti Bagi Peralatan Infrastruktur, Server, Perisian dan Radio Pengguna Sistem RMPNET Untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kementerian Dalam Negeri bernilai RM381,112,042.44,” ujarnya.

Pertuduhan tersebut dilaporkan akan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

“Membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan,” jelasnya.

Foto: Kosmo

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Fatin Farhana Ismail memohon kepada mahkamah untuk menggunapakai ikat jamin yang telah ditetapkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis, iaitu sebanyak RM60,000 dengan seorang penjamin.

“Ia termasuk syarat tambahan, menyerahkan pasport kepada mahkamah, tidak mengganggu saksi pendakwaan dan melaporkan diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur sekali setiap bulan.
“Kami juga memohon untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur,” katanya.

Bagaimanapun peguam Md Yunos Shariff yang mewakili Sayed Amir Muzzakkir tidak membantah terhadap cadangan yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, Awang Kerisnada membenarkan permohonan ikat jamin tersebut selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak sekali gus menetapkan tarikh sebutan semula kes di Kuala Lumpur pada 12 Julai depan.

Sumber: Astro Awani

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd