Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Selalu Beli Barang ‘Online’, Ibu Mentua Sindir Menantu – “Habiskan Duit Suami Je!”

Tular sebuah video memaparkan ibu mentua sindir seorang wanita yang merupakan menantu kerana kerap membeli barangan secara dalam talian.

Menerusi satu perkongsian di TikTok @nuriariya, kelihatan wanita itu sedang membuka sebuah bungkusan yang baru diterimanya.

@nuriariya.id

Padahal aku udah mencoba diam selama ini, tapi knp mertuaku tetap begini.. tlong lihat sampai habis biar tdk salah menilai

♬ suara asli – Owner Nuri – Owner Nuri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, ibu mentuanya yang duduk berdekatan mula melemparkan sindiran seolah-olah menyifatkan wanita tersebut gemar menghabiskan duit suami.

“Hari-hari ada bungkusan, selalu beli barang. Patutlah suami sekarang tak pernah bagi duit bulanan kepada ibu, biasanya dia bagi 100 ke 200,” kata ibu mentuanya.

Ibu mentua sindir menantu kerana selalu beli barang ‘online’

Wanita itu cuba menerangkan bahawa dia membeli barangan tersebut menggunakan hasil titik peluh sendiri dan bukan duit suaminya, Bambang.

Namun begitu, ibu mentuanya tidak mempercayai wanita berkenaan kerana selama ini dia hanya melihat menantunya itu menggunakan telefon.

Artikel lain: Suami Isteri Ganggu Penunggang Motosikal Ada Tiga Rekod Jenayah, Kad OKU

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Alasan saja. Di rumah cuma tidur, main telefon. Duit Bambang kamu yang habiskan beli barang online,” ujar ibu mentuanya.

Wanita itu mempertahankan dirinya dengan berkata dia melakukan perniagaan dalam talian sebagai kerja sampingan dalam usaha mencari rezeki.

“Saya buat jualan dalam talian ibu. Saya beli bukan untuk diri sendiri saja, saya beli untuk Bambang dan anak-anak juga,” kata wanita terbabit.

Walaupun wanita itu cuba untuk menerangkan dia juga bekerja dan membantu suami, ibu mentuanya terus menerus memarahi dan menyindir.

“Tinggal dengan mentua, apa lagi yang tak senangnya? Dapat duit daripada mana? Kerja pun tak,” sindir ibu mentuanya.

Tidak cukup dengan itu, ibu mentuanya juga berkata bahawa walaupun wanita berkenaan membeli banyak pakaian baharu setiap hari, wajahnya tetap juga tidak cantik.

“Beli baju model apa saja tak berubah pun jadi cantik, tapi masih juga beli baju baru setiap hari,” ujar ibu mentuanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen membuat spekulasi bahawa video itu sekadar gimik pemasaran semata-mata bagi mempromosikan barang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Marketing je ni…

Gimik je..

Marketing yang baik

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir warganet menyokong wanita tersebut dan memintanya untuk berpindah rumah sahaja berbanding tinggal sebumbung dengan ibu mentua.

Kalau berbeza suku memang saya jawab Bahasa Melayu

Ada je mentua macam ni..

Pindah je!

Takut nak kahwin

Biasalah ada segelintir orang tua kurang faham soal kerja. Lagi-lagi main telefon disangka tak sibuk, sedangkan tengah mencari sesuap nasi.

Sumber: TikTok @nuriariya.id

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Polis Thailand bakal mendakwa pemandu bas sekolah yang terbakar sehingga mengakibatkan kematian 23 murid dan guru di negara itu pada Selasa selepas suspek serah...

Nasional

Kementerian Pengangkutan (MOT) akur bagi melonggarkan salah satu syarat kelayakan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B...

Lokal

Negeri Johor tidak akan bertolak ansur dengan acara tidak senonoh serta lucah seperti yang tular yang melibatkan program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di...

Lokal

Istiadat perkahwinan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan pilihan hatinya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan bakal berlangsung pada 24,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd