Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sekatan Jalan Raya Diperbanyakkan, Polis Alu-Alukan Kehadiran Peserta RX-Z Members 6.0 Ke Terengganu

Polis bakal menambah sekatan jalan raya (SJR) di Kuala Terengganu sepanjang penganjuran RX-Z Members 6.0 di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus pada 13 dan 14 September ini.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairudin berkata, langkah itu diambil bagi memastikan peserta mematuhi undang-undang ditetapkan seterusnya menjaga ketenteraman awam.

Katanya, pihak polis tidak menggunakan istilah ‘pukat’ namun akan mengadakan SJR rutin dan tugasan penguatkuasaan undang-undang seperti yang termaktub.

Dalam pada itu, rondaan akan dijalankan di setiap daerah pada waktu siang dan malam terutama di kawasan-kawasan perumahan manakala SJR hanya akan dibuat di lokasi berbeza di bandar Kuala Terengganu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Polis alukan RX-Z Members 6.0 ke Terengganu

Foto: Astro Awani

“Seramai 101 pegawai dan anggota polis serta 50 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditugaskan sepanjang program berkenaan.
“Dianggarkan program itu menerima 80,000 penyertaan dari seluruh negara dan penugasan serta perancangan adalah demi memastikan aliran trafik dan keselamatan di tapak program berjalan lancar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Tambah Mohd Khairi, pihaknya tidak memberi jaminan kejadian ‘pukat’ seperti tahun lau tidak akan berulang, namun beliau berharap semua peserta dapat mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

“Namun SJR di kawasan-kawasan ‘hot spot’ akan dilakukan,” jelasnya.

Sementara itu, Mohd Khairi memaklumkan polis akan menutup jalan utama di Litar Permotoran Terengganu sepanjang tempoh berkenaan dengan hanya motosikal sahaja dibenarkan masuk bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan menjaga ketenteraman awam sepanjang program.

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, mengulas mengenai statistik kemalangan RX-Z Member 5.0, sebanyak empat kemalangan direkodkan iaitu tiga di daerah Kemanan dan satu di Hulu Terengganu.

“Sepanjang tempoh itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik ( JSPT) Terengganu menjalankan Op Khas Motosikal dengan sebanyak 292 keping saman dikeluarkan.
“Dalam tempoh sama, JPJ Terengganu turut mengeluarkan sebanyak 311 keping saman membabitkan pelbagai jenis kesalahan serta menyita sebanyak 111 buah motosikal,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Mohd Khairi juga mengingatkan peserta untuk mematuhi peraturan seperti memastikan nombor pendaftaran kenderaan mengikut piawaian yang ditetapkan.

Selain itu, ekzos kenderaan juga tidak boleh diubah suai dan setiap kenderaan perlu berhenti di sekatan jalan raya untuk pemeriksaan pihak berkuasa.

Menurutnya, kenderaan yang tiada perlindungan insurans, cukai jalan tamat tempoh, pemandu tidak mempunyai lesen memandu atau lesen memandu tamat tempoh adalah tidak dibenarkan memandu dan menyertai program ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya mengalu-alukan kehadiran peserta RX-Z Member 6.0 ke Terengganu namun semua peserta diingatkan untuk mematuhi undang-undang jalan raya yang ditetapkan,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Nazdy Harun)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pengangkutan (MOT) akur bagi melonggarkan salah satu syarat kelayakan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B...

Lokal

Negeri Johor tidak akan bertolak ansur dengan acara tidak senonoh serta lucah seperti yang tular yang melibatkan program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di...

Dunia

Polis Thailand bakal mendakwa pemandu bas sekolah yang terbakar sehingga mengakibatkan kematian 23 murid dan guru di negara itu pada Selasa selepas suspek serah...

Lokal

Istiadat perkahwinan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan pilihan hatinya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan bakal berlangsung pada 24,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd