Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Saya Tak Pernah Mendera, Yang Gigit Bella Adalah Balqis – Siti Bainun

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali menafikan dirinya mendera remaja sindrom Down, Bella seperti mana didakwa ramai. Sebaliknya, kesan gigitan pada perut Bella adalah disebabkan pergaduhannya dengan bekas penghuni Rumah Bonda, dikenali Balqis.

Siti Bainun berkata demikian ketika membacakan penyataan saksi di hadapan Hakim Izralizam Sanusi dalam prosiding bela dirinya di Mahkamah Sesyen, hari ini.

Tertuduh mendedahkan punca pergaduhan sebenar adalah disebabkan Bella memakai pencuci muka Balqis dan diakhiri dengan kejadian gigit-menggigit antara satu sama lain.

“Lepas Bella pakai pencuci muka,  mereka berlari berkejaran satu rumah dan kemudian masing-masing gigit-menggigit antara satu sama lain. Saya letak minyak gamat dan krim,”ujarnya.

Dalam pada itu, tertuduh berusia 31 tahun itu mengatakan dia sudah memarahi kedua-duanya seperti mana dilakukan oleh ibu bapa lain yang menegur anak-anak mereka apabila bergaduh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Siti Bainun, dia sendiri tidak faham Bella dan Balqis tidak boleh menyesuaikan diri apabika mereka berdua bersama.

“Peguam saya sendiri ada tanya pada Bella pasal pergaduhan dan Bella sendiri pun setuju ada gaduh dengan Balqis,”ujarnya sambil menyifatkan ia ibarat ‘love hati relationship’.

 

Disoal mengenai kesan lecur pada badan Bella, Siti Bainun mengatakan ia berlaku apabila termos berisi air panas tersimbah ke arah Bella ketika bergaduh dengan Balqis pada Mei 2021.

Oleh itu, Siti Bainun menegaskan dia tidak mendera Bella kerana diri sendiri menghabiskan wang ringgit membeli ubat-ubatan di farmasi bagi merawat remaja sindorm down berkenaan sehingga sembuh.

Selain itu, Siti Bainun berkata, hasil pemeriksaan saksi pendakwaan kedua, doktor di bahagian kecemasan dan trauma, Dr S Meenambigai terhadap paru-paru, abdomen dan kaki Bella juga menunjukkan keputusan normal.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bella ini memang sangat-sangat sihat. Dia tidak ada sakit asma atau apa-apa sakit.
“Dapatan ini menunjukkan saya tidak pernah memijak perut, menendang perut, menyuruh berdiri lama dan apa jua jenis penderaan yang direka saksi tidak pernah berlaku.
“Malah, kaki Bella dilaporkan tidak bengkak sedangkan saya dikatakan setiap hari mengarahkan dia berdiri terlalu lama,”jelasnya lagi.

Terdahulu, pada prosiding 8 April lalu, saksi pendakwaan kelima, bekas penghuni Rumah Bonda di Wangsa Maju, Yasmin Nahar Mahmood, 20, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, Siti Bainun mengarahkannya menggigit Bella.

Bukan itu sahaja, saksi mengatakan arahan itu dikeluarkan kerana Bella tidak mengikuti arahan tertuduh untuk berdiri di bahagian dobi sebuah unit kondominium yang didiami mereka.

Prosiding bela diri Siti Bainun bersambung lagi pada 20 Februari ini dan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas.

Sekadar info, Siti Bainun berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Mahaizura Abd Malik)

+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan seorang peserta wanita dari Indonesia ditegur oleh seorang ulama tersohor dalam bidang tajwid iaitu Syeikh Ayman Suwaid...

Sukan

Atlet gimnastik artistik negara, Muhammad Sharul Aimy mendapat perhatian orang ramai setelah fotonya dipercayai bersama kekasih, Daniela Dela Pisa yang juga merupakan atlet gimnastik...

Lokal

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemukan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 16 bangunan Blok B, Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh, Selangor pada...

Spotlight

Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Sang Yeob telah melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya di Jamsil, Seoul pada Ahad. Menurut laporan Pinkvilla, majlis tersebut hanya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.