Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Sasar Pelaburan Sebanyak RM100 Juta, Program I-Asset Trust Ditandatangani Empat Syarikat

MPV Capitals Ltd, IDC Capital Sdn Bhd dan Eramas Trustee Berhad telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk kerjasama strategik dalam mengukuhkan komitmen Program I-Asset Trust bagi menyampaian produk kewangan yang boleh dipercayai.

Pemeteraian ini sekaligus menjadi pengumuman rasmi Eramas Trustee Berhad sebagai rakan kongsi pemegang amanah baharu bagi Program I-Asset Trust, sebuah produk pelaburan bersandarkan aset inovatif yang dilancarkan pada bulan lepas.

Program I-Asset Trust yang didorong oleh kerjasama antara empat syarikat itu menyasarkan sebanyak RM100 juta jumlah pelaburan pada hujung tahun ini.

Sementara itu, Pengasas & Pengarah MPV Capitals Ltd, David Hew Chee Seng berkata Eramas Trustee Berhad adalah pilihan terbaik untuk kerjasama strategik untuk melindungi kepentingan pelabur kerana komitmen kukuh syarikat tersebut terhadap ketelusan, pematuhan dan kecemerlangan dalam pengurusan amanah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut David Hew, pendekatan dwi-kustodian Program I-Asset Trust memastikan tahap keselamatan dan pengawasan yang lebih tinggi untuk pelabur.

Unity Trust Berhad, pemegang amanah bebas juga menyediakan tahap kredibiliti dan kepercayaan tertinggi dalam menguruskan program ini.

“Sebagai Penjana Dana, Eramas Trustee Berhad akan bekerjasama untuk memastikan aset yang menyokong amanah itu diuruskan mengikut surat ikatan amanah dan perjanjian pelabur,” katanya pada majlis menandatangani MoU antara empat syarikat itu di Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Perniagaan Eramas Trustee Berhad, Datuk Tan Chee Hong berkata syarikat itu akan mengawasi pelaksanaan surat ikatan amanah yang betul, mengurus pengagihan dana dan memastikan pematuhan semua keperluan kawal selia.

Program I-Asset Trust

“Dengan bertindak sebagai pihak ketiga yang neutral, Eramas Trustee Berhad menyediakan lapisan tambahan keselamatan dan akauntabiliti, yang penting untuk mengekalkan keyakinan pelabur dalam Program I-Asset Trust.
“Eramas Trustee Berhad secara strategik sejajar dengan matlamat Prograam I-Asset Trust kerana syarikat itu mempunyai pasukan profesional berpengalaman yang berdedikasi untuk menjaga kepentingan pelanggan dan memastikan semua aktiviti amanah dijalankan dengan integriti,” ujarnya.
Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh selar kenyataan Ahli Parlimen (MP) Seputeh, Teresa Kok yang mempersoalkan cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang...

Sosial

Tular video di media sosial memaparkan kali terakhir seorang gadis, Nia Kurnia Sari dilihat warga kampung sebelum dilaporkan hilang dan mayatnya ditemui beberapa hari...

Sosial

YouTuber mukbang, Nikocado Avocado beri kejutan kepada para penontonnya selepas memuat naik video terbaharu menerusi saluran miliknya yang memaparkan dia kini yang sudah kurus....

Lokal

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu golongan yang terbeban dengan hutang....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd